Header Ads

ads header

Flash News

PAS tolak MN, Hadi seru semua parti sertai PN sebagai pakatan baru


PETALING JAYA:
PAS menegaskan parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional – pakatan yang dianggotainya bersama Umno sebelum ini.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata ia juga menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

Oleh itu, beliau menyeru semua kumpulan Islam menyertai pakatan baru, Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti, selain mengajak kelompok bukan Islam yang tidak ekstrem berjuang bersama.

“Tujuan PAS sudah terang lagi bersuluh, bukanlah sekadar berhasrat untuk menyelamatkan seseorang atau kumpulan dan kelompok yang kecil sahaja, malah tujuannya adalah untuk menyelamatkan seluruh manusia seberapa ramai yang mungkin.

“Maka, jika terdapat mereka yang sempit dan terhad tujuannya itu pasti ditinggalkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta semua pihak menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajikan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa,” katanya.

Kenyataan terbuka Hadi ini memberi gambaran jelas bahawa parti Islam itu cenderung kepada PPBM berbanding Umno, selepas beberapa pemimpin kanan Umno sebelum ini mendesak PAS memberi kata dua sama ada memilih parti itu atau PPBM sebagai sekutu pada pilihan raya umum nanti.

Umno dan PAS sebelum ini menjadi sekutu menerusi penubuhan Muafakat Nasional yang menjadi teras kerjasama politik antara dua parti Melayu terbesar yang sering bermusuhan.

Bagaimanapun, hubungan baik antara dua parti itu yang terjalin menerusi MN, mula bergolak susulan tindakan PAS menjadi rakan utama PPBM dalam PN.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan