Header Ads

ads header

Flash News

Rakaman audio: UMNO perlu dapatkan penjelasan Zahid


TANJUNG MALIM -
UMNO Perak menyatakan adalah perlu untuk parti mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu rakaman audio yang didakwa mirip suara Presiden UMNO itu bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu perlu bagi menenangkan suasana politik dan pimpinan parti di setiap peringkat yang mungkin ketika ini diganggu dengan emosi politik.

"Saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan lain agar jangan cepat melenting atau membuat apa-apa tindakan atas emosi.

"Kita perlu rasional dan paling penting kena dapatkan penjelasan daripada tuan tubuh sendiri sama ada betul atau tidak, seeloknya kita tunggu penjelasan dan apa yang nak dikata beliau nanti," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurutnya, dalam perkembangan dunia teknologi sekarang, pelbagai pendekatan boleh dibuat oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan hanya untuk mencapai matlamat politik masing-masing.

"Untuk peringkat ini, kita tidak akan ambil apa-apa tindakan sebab kita nak lihat sama ada itu betul audio yang sahih atau hanyalah audio yang telah diedit.

"Ini era digital, macam-macam boleh berlaku dan kita tidak boleh menerimanya 100 peratus bahawa ia audio yang sahih, susah kita nak tahu," katanya.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak ditemui pada Program Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) di daerah Muallim di sini.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan