Header Ads

ads header

Flash News

Selepas sertai PPBM, ADUN Sebatik dakwa 5,000 ahli Warisan ikut jejak


KOTA KINABALU:
Selepas menyertai PPBM malam tadi, ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mendakwa 5,000 lagi ahli Warisan di kawasannya akan mengikut jejak beliau.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 98 cawangan di DUN Sebatik dengan mereka itu dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PPBM.

”Berkenaan hari ini (semalam), kita memang menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM dan ia daripada 98 cawangan untuk DUN Sebatik saja dengan jumlah ahli seramai 5,000.

”Keputusan ini dibuat selepas perbincangan dengan pihak akar umbi dan juga ketua-ketua cawangan yang mana sebelum ini mereka adalah daripada Warisan. Mereka bersedia dan bersetuju bersama kita untuk menyertai PPBM,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hassan A Gani Pg Amir.

Hassan berkata, selepas mengisytiharkan keluar daripada Warisan pada Feb lalu, beliau telah menjelajah dan bertemu dengan semua ketua-ketua cawangan.

”Respon mereka adalah bersetuju untuk menyertai PPBM dan kita juga mengajak mereka tanpa paksaan, ini bermakna mereka secara sukarela menyertai PPBM bersama-sama dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Hassan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu kepada ketua menteri yang juga Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor sempena majlis ulang tahun kedua PPBM Sabah, malam tadi.

Ia sekali gus menjawab teka-teki mengenai hala tuju politik beliau selepas mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas pada Feb lalu.

Pada 25 Feb lalu, Hassan mengumumkan menjadi ADUN bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat negeri dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di peringkat nasional.

Hassan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 Sept lalu atas tiket Warisan.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tindakannya meninggalkan Warisan didorong kekecewaan dengan sikap pemimpinnya yang terlalu banyak berpolitik ketika rakyat berdepan kesusahan disebabkan pandemik Covid-19.

MR : No komen, pasal politik Sabah ni kalau lompat parti tu perkara biasa





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan