Sembilan menteri Umno akan menyertai Bersatu?
WALAUPUN perhimpunan agung Umno (PAU) telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan, namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan menteri dan lima timbalan menteri.
Sembilan menteri itu ialah, Annuar Musa, Noraini Ahmad, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ismail Sabri Yakob, Shamsul Anuar Nasarah, Halimah Mohamad Sadiqe , Hishammuddin Hussein, Reezal Merican Naina Merican dan Adham Baba.
Perkara ini dapat dilihat kepada sikap para menteri itu yang akur dengan nasihat Muhyiddin Yassin yang meminta mereka kekal dalam kerajaan atas alasan untuk bantu rakyat dan dikala negara sedang diancam pandemik.Perkara ini dinyatakan oleh Muhyiddin selepas para mereka itu berjumpa dengannya untuk meminta nasihat setelah parti Umno membuat keputusan.
Kata Muhyiddin seperti dilapor semua menteri Umno bersetuju untuk kekal dalam kerajaan. Ertinya kesembilan menteri itu bersetia dan berkhidmat dengan Muhyiddin.
Apa yang berlaku itu agak aneh sedikit, kenapa
menteri itu berjumpa dan meminta pandangan perdana menteri mengenai
kedudukan mereka. Kenapa mereka tidak berjumpa dengan Zahid Hamidi
selaku presiden parti untuk meminta nasihat dan pandangan mengenai
kedudukan mereka. Walaupun mereka sudah maklum keputusan PAU tetapi
seeook-eloknya mereka berjumpa secara formal dan eksukutif dengan
presiden parti.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Hanco
BalasPadam