Header Ads

ads header

Flash News

Umno 3.0 sedia ambil alih daripada Zahid, Najib, kata sumber dalaman


PETALING JAYA:
Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Najib Razak dari pentas politik menjelang Ogos ini, sekali gus menyambut kemunculan kepimpinan baharu parti dikenali sebagai Umno 3.0.

“Umno 3.0 bakal mempunyai kepimpinan baharu yang akan bekerjasama dengan PPBM dan PAS,” kata sumber yang hampir dengan perbincangan itu.

Selain itu, beliau menambah gesaan supaya Zahid berundur dijangka menjadi lebih lantang dalam sedikit masa lagi, terutama dalam kalangan menteri Umno.

Umno dikenali sebagai Umno 2.0 berikutan perpecahan dalam parti itu pada 1987.

Sumber berkata, sejumlah pemimpin parti “sangat setia” kepada Zahid, tetapi apabila dua mereka (Zahid dan Najib) diketepikan, Umno akan menjadi lebih kuat.”

Beliau berkata, Umno 3.0 akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang (PRU15) dan akan turun ke gelanggang untuk memenangi sokongan penyokong tegar di luar bandar sebagai parti Melayu terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, seorang lagi sumber dalaman Umno yang berpihak kepada kem Zahid berkata, kumpulan yang menyokong Umno 3.0 juga mungkin akan menyingkirkan timbalan presiden Mohamad Hasan kerana beliau merupakan calon pengganti sekiranya Zahid bukan lagi presiden parti itu.

“Mereka akan cuba menyingkirkan beliau juga,” katanya.

“Matlamat akhir mereka ialah untuk menguasai Umno dan menyokong PPBM. Tetapi apakah itu yang Umno mahu?,” soalnya.

Zahid terpalit dengan kontroversi baharu membabitkan rakaman audio tular yang didakwa merupakan perbualan telefon antara beliau dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan berbual selepas Perhimpunan Agung Umno bulan lepas, dengan Zahid menyifatkan rakaman tersebut sebagai muslihat jahat untuk menjatuhkan Umno.

Zahid dan Najib juga berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik masing-masing.

Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang berjumlah berjuta-juta ringgit berkait yayasan kebajikan miliknya, iaitu Yayasan Akalbudi. Perbicaraan kes sedang berjalan.

Dalam pada itu, Najib kini membuat rayuan terhadap sabitan hukuman 12 tahun penjara dan denda berjumlah RM210 juta dalam kes rasuah membabitkan SRC International.

Selain itu, beliau juga berdepan beberapa tuduhan lain berkait 1MDB.

Terdahulu minggu ini, beliau diserahkan notis kebankrapan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkait cukai sebanyak RM1.7 bilion, yang dikatakan merupakan tunggakan cukai dari 2011 hingga 2017.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. jika zahid, najib ditumbangkan dari kepimpinan umno...,hasrat anuar ibrahim bergabung dgn umno akan berantakkan..,anuar terus gagal utk jadi PM...itulah takdir anuar...pegang emas, emas jadi kayu...hancur malaysia jika anuarlah PMnya...semoga malaysia sentiasa diselamatkan oleh Tuhan...

    BalasPadam
  2. patut ler zahid beriya iya sngt nak keluar dari pn....rupa2nya dia nak umno bergabung dgn pkr dap dan amanah ...dgn cara itu dpt ler dia terlepas dari penyelewengan yg telah dilakukan nya ....setelah dijanjikan bebas dari hukuman dan....dia janji akan serah kuasa kpd anwar(bang non)...sebagai pm...dan dia bebas dari kes rasuah...pengubahan wang haram.....ini satu konpirasi terancang dap...freemason ...iluminati ...pihak salib dan yahudi untuk hancurkan melayu

    BalasPadam