Header Ads

ads header

Flash News

76 Kumpulan MP Anti Islam Sokong Maria Chin tentang keputusan Mahkamah Syariah


Sekumpulan 76 ahli parlimen hari ini menyatakan sokongan mereka kepada rakan wakil rakyat Maria Chin Abdullah, yang baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur selepas dia mengkritik mahkamah yang sama berhubung pemenjaraan bekas isteri ahli perniagaan terkemuka dalam kes penahanan pada 2019.

Ahli parlimen pembangkang merentasi parti membangkitkan kebimbangan mereka terhadap keputusan hakim Syariah Mohamed Fouzi Mokhtar yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada Maria atas kenyataannya, yang mereka sifatkan sebagai "mengejutkan".

"Walaupun kita menghormati keputusan mahkamah syariah, mana-mana sistem perundangan, sivil atau syariah, harus terbuka kepada kritikan yang membangkitkan apa-apa yang dilihat sebagai masalah institusi.

"Penghakiman terhadap kes juga merupakan perkara yang berkepentingan awam dan boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.

"Lebih-lebih lagi seorang seperti Maria yang mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai ahli parlimen," kata mereka pada satu kenyataan hari ini.

"Komennya tidak mencarut atau berniat jahat. Ianya jelas dilakukan dengan niat baik dengan pandangan bahawa sistem perundangan syariah dan badan-badan lain akan mencari penyelesaian.

"Hakim-hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti kepada masyarakat yang mereka berkhidmat, agar dapat melahirkan keyakinan terhadap badan kehakiman," kata kenyataan itu lagi.

Antara ahli parlimen yang menandatangani kenyataan itu ialah pemimpin Pakatan Harapan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution, Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo dan pemimpin parti lain seperti Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Muda, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan pemimpin Warisan Darell Leiking.

Pada 2019, Maria mengeluarkan kenyataan umum berhubung hukuman penjara yang dikenakan mahkamah terhadap Emilia Hanafi, yang merupakan bekas isteri pengerusi kumpulan Naza SM Faisal SM Nasimuddin.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Keputusan itu menimbulkan kritikan daripada Maria, yang mengatakan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan Syariah.

Berikutan itu, peguam SM Faisal kemudian pergi ke mahkamah Syariah untuk memulakan prosiding menghina terhadap Maria. Mahkamah mendapati dia bersalah pada 25 April dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada ahli parlimen Petaling Jaya itu.

Dalam kenyataan mereka, ahli parlimen tersebut menegaskan bahawa Maria membangkitkan persoalan hukuman penjara tidak seimbang yang dikenakan ke atas Emilia hanya kerana dia menukar tarikh lawatan, yang mana dia telah memberikan notis kepada bekas suaminya.

"Kenyataan Maria telah menimbulkan persoalan tentang hukuman penjara tidak seimbang yang dikenakan terhadap isteri kerana hanya menukar tarikh lawatan dengan notis penuh kepada suami.

"Beliau juga telah membangkitkan isu diskriminasi dalam sistem syariah terhadap wanita kerana dalam 30 tahun aktivisme, beliau telah menyaksikan banyak kes di mana ramai wanita Islam yang bercerai terpaksa melalui kesusahan dalam perjuangan mereka untuk mencari keadilan," kata mereka.

Ahli parlimen berkenaan juga menyoal hukuman penjara yang dijatuhkan ke Maria tanpa kehadirannya.

"Kami dinasihatkan, bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada mengenai penjatuhan hukuman.

"Kami sukacita dapat mengetahui bahawa hukuman terhadap YB Maria ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

"Kami akan menyokong YB Maria dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara beliau dalam membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam yang jelas walaupun kritikal terhadap sistem kehakiman syariah, sama seperti yang kami lakukan ketika berdepan dengan subjek sistem sivil," kata kenyataan itu lagi.

Senarai penuh ahli parlimen yang menurunkan tandatangan sokongan:

  • 1. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pandan

  • 2. Mohamad Sabu, Kota Raja

  • 3. Darell Leiking, Penampang

  • 4. Saifuddin Nasution, Kulim Bandar Baharu

  • 5. Nurul Izzah Anwar, Permatang Pauh

  • 6. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Muar

  • 7. Salahuddin Ayub, Pulai

  • 8. Mukhriz Mahathir, Jerlun

  • 9. Amiruddin Hamzah, Kubang Pasu

  • 10. Anthony Loke, Seremban

  • 11. Lim Guan Eng, Bagan

  • 12. Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh

  • 13. Lim Kit Siang, Iskandar Puteri

  • 14. Syed Ibrahim Syed Noh, Ledang

  • 15. Noor Amin Ahmad, Kangar

  • 16. Wong Chen, Subang

  • 17. Chan Ming Kai, Alor Setar

  • 18. Natrah Ismail, Sekijang

  • 19. Hassan Abdul Karim, Pasir Gudang

  • 20. Fuziah Salleh, Kuantan

  • 21. Abdullah Sani, Kapar

  • 22. Maszlee Malik, Simpang Renggam

  • 23. S. Kesavan, Sungai Siput

  • 24. Chang Lih Kang, Tanjung Malim

  • 25. Bakthiar bin Wan Chik, Balik Pulau

  • 26. Azman Ismail, Kuala Kedah

  • 27. Sim Tze Tsin, Bayan Baru

  • 28. Karuppaiya Mutusami, Padang Serai

  • 29. Fahmi Fadzil, Lembah Pantai

  • 30. Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiawangsa

  • 31. Akmal Nasir, Johor Bahru

  • 32. Charles Santiago, Klang

  • 33. Wong Hon Wai, Bukit Bendera

  • 34. Kasthuri Patto, Batu Kawan

  • 35. Pang Hok Liong, Labis

  • 36. Mohd Hatta Md Ramli, Lumut

  • 37. Thomas Su, Kampar

  • 38. Ong Kian Ming, Bangi

  • 39. Teo Nie Ching, Kulai

  • 40. Kelvin Yii, Bandar Kuching

  • 41. Alice Lau, Lanang

  • 42. Wong Kah Woh, Ipoh Timor

  • 43. Hannah Yeoh, Segambut

  • 44. Chan Foong Hin, Kota Kinabalu

  • 45. Wong Ling Biu, Sarikei

  • 46. Lim Lip Eng, Kepong

  • 47. Wilfred Madius Tangau, Tuaran

  • 48. M Kula Segaran, Ipoh Barat

  • 49. Teh Kok Lim, Taiping

  • 50. Teresa Kok, Seputeh

  • 51. Oscar Ling, Sibu

  • 52. Tan Kok Wai, Cheras

  • 53. Khalid Abdul Samad, Shah Alam.

  • 54. Tony Pua, Damansara

  • 55. Sin Chee Keong, Bukit Mertajam

  • 56. Mujahid Yusof Rawa, Parit Buntar

  • 57. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat

  • 58. Mahfuz Haji Omar, Pokok Sena

  • 59. Mohamed Hanipa Maidin, Sepang

  • 60. Hasan Bahrom, Tampin

  • 61. Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Temerloh

  • 62. Prabakaran, Batu

  • 63. Chong Chieng Jen, Stampin

  • 64. Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud

  • 65. Mohd Azis Bin Hj Jamman, Sepanggar

  • 66. Rusnah Aluai, Tangga Batu

  • 67. June Leow, Hulu Selangor

  • 68. Nor Azrina Surip, Merbok

  • 69. William Leong, Selayang

  • 70. Nga Kor Ming, Teluk Intan

  • 71. Tan Yee Kew, Wangsa Maju

  • 72. Ngeh Koo Ham, Beruas

  • 73. Cha Kee Chin, Rasah

  • 74. Ma'mun bin Sulaiman, Kalabakan

  • 75. Shamsul Iskandar, Hang Tuah Jaya

  • 76. Gobind Singh Deo, Puchong





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan