Header Ads

ads header

Flash News

Hassan saran SPRM 'bercemin diri' lepas siasat hakim


Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas hakim Mahkamah Rayuan mengundang rasa kesal salah seorang ahli jawatankuasa pemantau agensi berkenaan.

Kata Hassan Abdul Karim sebagai badan pencegahan rasuah, SPRM bertanggungjawab untuk bersama-sama dengan pihak lain mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara.

Menurutnya para hakim di Malaysia mesti dilindungi daripada tindakan sewenang-wenang pihak eksekutif bagi membolehkan mereka berfungsi tanpa rasa takut dan pilih kasih.

"Saya sebagai seorang ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) SPRM yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi memantau agensi itu berasa kesal terhadap campurtangan agensi terbabit sehingga menganggu kebebasan badan kehakiman dengan tindakan mereka SPRM menyiasat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah ahli parlimen Pasir Gudang itu lagi, apa yang dilakukan SPRM ke atas Mohd Nazlan bukan sahaja pelanggaran prinsip pemisahaan kuasa antara badan eksekutif dan kehakiman, malah suatu serangan terhadap institusi terbabit.

Katanya SPRM perlu sedar bahawa Mohd Nazlan dilantik Agong dengan nasihat perdana menteri. Justeru katanya mereka tidak boleh bertindak sesuka hati hanya berdasarkan wujudnya satu laporan polis.

"Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan kaedah bagaimana seseorang hakim boleh dibicarakan dan dilucutkan jawatannya.

"Sekiranya tindakan SPRM sekarang menyiasat hakim dengan sesuka hati berterusan maka ia akan menimbulkan ketakutan serta kebimbangan buat hakim untuk melaksanakan tugas mereka di mahkamah," katanya.

Sudah disahkan Mahkamah Rayuan

Kenyataan Hassan itu hadir ketika SPRM mengesahkan mereka menyiasat Mohd Nazlan ekoran dakwaan dibuat penulis blog ke atas hakim terbabit.

Untuk rekod Mohd Nazlan ialah hakim yang mengadili perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa atas pelbagai pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Pada 28 Julai 2020, dia mensabitkan Najib atas semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pasukan pembelaan ahli parlimen Pekan itu gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

Dia kemudian menghukum Najib dipenjara selama 12 tahun dan denda lebih RM210 juta.

Najib kemudian membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan. Pada 8 Dis tahun lalu panel tiga hakim mengekalkan keputusan Mohd Nazlan. Malah mereka menganggap kes Najib itu sebagai keaiban negara.

Kata Hassan ketika ini wujud persepsi bahawa tindakan SPRM ke atas Mohd Nazlan ada kaitan dengan keputusannya terhadap Najib.

"SPRM sewajarnya tidak terlibat dengan usaha balas dendam pihak-pihak tertentu terhadap Mohd Nazlan.

"SPRM juga perlu sedar, terdapat usaha yang konsisten daripada pihak tertentu yang tindak-tanduk mereka boleh dianggap sebagai serangan terhadap kebebasaan kehakiman dengan cubaan mencemarkan integriti hakim yang membicarakan kes Najib," katanya.

Menurut Hassan lagi, semua pihak perlu memahami keputusan Mohd Nazlan telah disahkan oleh sebuah panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

"Kepada SPRM, saya menyeru supaya memandang kepada diri mereka sendiri.

"Beberapa laporan polis secara rasmi telah dibuat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkait isu pembelian saham yang mencurigakan yang menimbulkan kemungkinan berlaku satu kesalahan di bawah Akta SPRM.

"Saya berasa kesal sehingga kini tiada siasatan dilakukan ke atas Azam, malah cadangan JKMR yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim, agar Azam direhatkan tidak dihiraukan oleh SPRM," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan