Header Ads

ads header

Flash News

Hukum Memberi Lebihan Fitrah kepada Amil


Ustaz, ramai orang suka beri lebihan duit bayar fitrah kepada amil. Apakah hukumnya beri lebihan fitrah kepada amil?

Jawapan:

1. Selalu terjadi dalam masyarakat kita untuk menyedekahkan lebihan bayaran zakat fitrah kepada amil. Mereka kata: "Tak pa, baki tu, keep of the change."

2. Hukum mengenai 'sedekah keep of the change' ni pula, jarang dibahaskan oleh para asatizah.

3. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW melarang keras para amil zakat menerima sebarang sedekah atau hadiah daripada pembayar zakat.

4. Ini berpandukan kepada sebuah hadis sahih:

Daripada Abu Humaid as-Sa’idi r.a, dia berkata, “Rasulullah mengutus seorang laki-laki dari suku al-Azd bernama Ibnu al-Lutbiyyah untuk mengumpulkan zakat. Sekembali dari tugasnya dia berkata, “Yang ini untuk kamu dan yang ini adalah hadiah untukku.” Rasulullah saw. berkata, “Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapanya atau di rumah ibunya kemudian dia tunggu apakah hadiah diberikan kepadanya atau tidak? Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah kalian mengambil sesuatu darinya kecuali pada hari Kiamat dia datang dengan memikulnya di atas tengkuknya, kalau harta itu unta, maka unta itu akan bersuara, kalau sapi maka akan menguak, kalau kambing, maka akan mengembik.” Kemudian beliau mengangkat tangan beliau sambil berkata, ‘Ya Allah bukankah sudah aku sampaikan!’ beliau ulangi tiga kali,” (HR Bukhari [2597]).

5. Maka, para amil zakat termasuklah amil zakat fitrah, tidak boleh menerima pemberian daripada pembayar zakat, biar pun atas nama apa sekali pun. Tak kiralah, sedekah ke ataupun hadiah ke.

6. Maka dicadangkan kepada para amil zakat fitrah untuk menyediakan satu tabung sedekah umum dan jika ada pembayar yang menyatakan 'keep of the change atau saya niat sedekah', maka masukkan ke dalam tabung itu.

7. Nanti selepas dah habis Ramadan, sedekahkan tabung tu kepada pihak masjid atau mana-mana pihak yang memerlukan.

8. Lebih baik sebenarnya jika langsung tolak pemberian itu dengan menyatakan, "kami amil nabi larang terima sedekah." Ia dapat mengelakkan sebarang fitnah.

9. Walau bagaimanapun, amil fitrah tertakluk kpd arahan daripada pihak yang melantik. Jika arahan menyatakan mereka langsung tak dibenarkan menerima sedekah itu biar pun atas nama sedekah umum dan  untuk pihak masjid sekali pun, maka hendaklah patuh.

10. Kepada para pembayar zakat fitrah dan juga zakat harta pula, dah tahu tak boleh bagi hadiah atau sedekah, maka elakkan daripada memberi kepada amil.

11. Semoga ibadah kita menjadi lebih barakah, amin.

Disediakan Oleh:

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid,
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan,
Divisyen Syariah dan Dakwah,
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan