Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
Polis Kelantan masih memburu lapan wanita disyaki terbabit dalam kes bunuh, samun dan curi yang melarikan diri sejak 17 tahun lalu, dengan ada yang dipercayai melakukan pembedahan plastik bagi mengelakkan ditangkap.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, wanita yang dikehendaki polis itu mungkin masih berada di pedalaman Kelantan dan mereka suka berpindah-randah bagi mengelakkan dikesan.
“Pihak kita tetap mencari mereka, termasuk berhubung dengan polis luar Kelantan untuk menjejaki mereka bagi menyelesaikan kes yang tertangguh.
“Namun, ada dalam kalangan mereka ini mungkin sudah melarikan diri ke
negara jiran, Thailand dan bertukar identiti serta nama bagi
mengelakkan dikesan pihak polis.
“Kemungkinan mereka yang melarikan diri ke negara jiran juga sudah
berkahwin dengan warganegara sana dan takut pulang ke Kelantan kerana
bimbang ditahan polis,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, suspek wanita itu boleh bertukar wajah dan fizikal, lebih-lebih lagi yang melarikan diri sejak 2005 hingga menyebabkan polis sukar mengecam mereka.
“Berbanding suspek lelaki, walaupun mereka melarikan diri, namun wajah dan fizikal tidak banyak berubah.”
Beliau tidak menolak kemungkinan ahli keluarga tahu lokasi suspek,
tetapi bertindak melindungi mereka daripada ditahan polis. FMT
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan