Header Ads

ads header

Flash News

Hanya Umno ghairah desak PRU15 lebih awal


KOTA BHARU:
Sehingga sekarang hanya Umno yang kelihatan ghairah mendesak Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, parti-parti lain kelihatan tidak berminat PRU15 diadakan lebih cepat.

Malah katanya Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang acap kali menyebut PRU15 wajar diadakan sehingga akhir penggal ke-14 sekarang.

“Lagi pun kita ada tempoh masa setahun lagi dan Mei ini baru cukup empat tahun. Tak kan kita tak boleh tunggu setahun lagi, sedangkan empat tahun kita boleh tunggu” katanya.

“Semua pihak perlu memberi peluang kepada perdana menteri untuk melaksanakan dasarnya dan membetulkan semula keadaan ekonomi negara.

“Sebaiknya beri ruang dahulu kepada perdana menteri memandangkan beliau mempunyai banyak idea. Kalau buat pilihan raya sekarang perancangan perdana menteri tidak boleh dilaksanakan.

“Kalau empat tahun kita boleh tunggu, takkan setahun lagi tidak boleh tunggu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Mabna di sini hari ini.

Sebelum ini Umno begitu ghairah mendesak perdana menteri membubar segera parlimen setelah Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.

Malah pada Ahad lepas Umno meminda perlembagan parti bagi membolehkan pemilihan pimpinan parti itu diadakan enam bulan selepas PRU15.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS sudah mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) bersama rakan kongsi untuk menghadapi PRU15.

Bagaimanapun katanya beliau tidak terbabit dalam jawatankuasa membincangkan pembahagian kerusi yang diketuai Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 18/5/2022





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan