Header Ads

ads header

Flash News

Jawatankuasa bersama UMNO-MB Johor ibarat dua nakhoda satu kapal

PEMBENTUKAN jawatankuasa bersama antara UMNO Johor dengan kerajaan negeri dilihat langkah terbaik merapatkan jurang perbezaan bagi membentuk pentadbiran berkesan. Apatah lagi ini kali pertama menteri besar dilantik bukannya pemimpin utama menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan.

Langkah penubuhan itu juga diramal mampu menyejukkan suhu politik negeri, terutama hubungan antara ketua parti dengan ketua kerajaan negeri supaya mempunyai haluan sama dalam memakmurkan negeri.


Jawatankuasa dilaporkan diwujudkan Sabtu lalu itu, bagi memantapkan fahaman dan kerjasama berasaskan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Barisan Nasional (BN) atau Ikhtiar Johor, antara parti dan kerajaan dengan rakyat.

Ia diwujudkan Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam mesyuaratnya dipengerusikan Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Perhubungan dan turut dihadiri buat kali pertama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai ahli lantikan.

Melihatnya dari sudut positif, jawatankuasa itu landasan terbaik buat pimpinan parti dan ketua kerajaan Johor membuat pelan terbaik dalam merealisasikan manifesto PRN lalu, apatah lagi rakyat menantikan segala janji dibuat ditunaikan selepas UMNO meraih kemenangan selesa.

Jawatankuasa itu juga mampu menjadi jambatan penghubung antara parti dengan kerajaan negeri supaya segala pelan perancangan dibentangkan pada Belanjawan Johor 2022 dilaksanakan.

Belanjawan dibentang November tahun lalu itu, menggariskan banyak usaha pembangunan bagi merancakkan ekonomi Johor, selain bantuan kepada golongan memerlukan.

Malah, penubuhan jawatankuasa berkenaan disambut baik pemimpin utama parti termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga bekas Menteri Besar, selain veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir menganggap penubuhan jawatankuasa itu bukan luar biasa, malah turut berlaku pada peringkat Persekutuan apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri disokong UMNO.

Walaupun penubuhan jawatankuasa bersama UMNO Johor dengan kerajaan negeri itu cuba diwajarkan sebagai normal, ia tetap dilihat sedikit canggung kerana Ia seolah-olah menafikan kebolehan Onn Hafiz menerajui pentadbiran negeri hingga perlu dibantu bagi memastikan manifesto BN berkenaan direalisasikan.

Ia turut menimbulkan persoalan sama ada hubungan antara Hasni dengan Onn Hafiz yang dikatakan kurang mesra adalah realiti di sebalik sembang dan gosip politik.

Walaupun pemimpin berpengalaman UMNO, termasuk Shahrir cuba mewajarkan penubuhan jawatankuasa bersama itu sebagai perkara biasa, ia mencetuskan banyak tanda tanya, termasuk adakah jawatankuasa itu akan turut berperanan membuat keputusan besar berkait pentadbiran negeri secara bersama.

Seperti ada halangan atau dinding dalam hubungan antara Pengerusi Perhubungan Negeri dengan menteri besar hingga sebuah jawatankuasa khas terpaksa diwujudkan bagi memastikan pentadbiran negeri dapat dilaksanakan.

Hal itu diakui Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, menyifatkan penubuhan jawatankuasa bersama itu menjadi tanya tanya apatah lagi membabitkan pengasingan kuasa.

Katanya, perkara seperti itu tidak pernah berlaku di negara ini apatah lagi parti sama, UMNO memenangi pilihan raya dengan selesa menerusi PRN Johor, Mac lalu.

"Kita perlu tanya apa tujuan dan keperluan perlunya jawatankuasa penyelarasan itu. Jika kita faham selepas diputuskan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Hasni sendiri setuju memberi laluan, tidak nampak perlu ada (jawatankuasa) apatah lagi ia tak pernah berlaku di mana-mana pun.

"Di Terengganu dan Perlis apabila Sultan memutuskan menteri besar, walaupun mereka tidak mempunyai akar umbi dalam parti, ia selesai selepas pelantikan dilakukan.

"Barangkali Onn Hafiz sendiri beranggapan suasana politik negeri perlu diselesaikan secara baik dan mungkin sebagai mekanisme menenangkan keadaan suhu politik negeri seketika. Ia mungkin untuk cipta situasi menang-menang supaya keharmonian politik negeri tercipta dan tiada percakaran terjadi, sekali gus menjejaskan parti dan kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri ini yang enggan dinamakan turut melihat pembentukan jawatankuasa itu sedikit canggung dan di luar kebiasaan.

"Setahu saya, tiada jawatankuasa sebegini dibentuk pada peringkat Persekutuan bagi membantu Ismail Sabri apatah lagi di Melaka atau mana-mana negeri. Seolah-olah wujud dua nakhoda dalam satu kapal, selain kebolehan Onn Hafiz juga seolah-olah kurang diyakini bagi merealisasikan manifesto serta pelan pembangunan negeri," katanya.

Apa jua telahan dan pendapat akar umbi, hanya Hasni dan Onn Hafiz sahaja yang tahu dan memahami keperluan jawatankuasa bersama itu diwujudkan.

Kedua-dua pemimpin perlu berjiwa besar dan memastikan jawatankuasa itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan rakyat dan negeri menerima faedahnya, bukan setakat hanya hangat-hangat tahi ayam, sekali gus dijadikan landasan menunjukkan ego pemimpin.

Mohamed Farid Noh
Wartawan BH Johor





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    BalasPadam