Header Ads

ads header

Flash News

Kebanyakan mesin ATM kehabisan duit, warganet luah kecewa


PETALING JAYA:
Persediaan menyambut hari lebaran bagi warga kota sedikit terjejas apabila dikhabarkan wang di kebanyakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kehabisan.

Rata-rata orang ramai meluahkan kekecewaan masalah itu di media sosial yang mana dilaporkan telah berlaku sejak Rabu lalu.

Kebanyakan orang ramai mula panik dan berharap keadaan ini kembali pulih ditambah pula masih ada lagi warga kota yang tidak pulang ke kampung halaman hari ini.

Pengguna media sosial yang dikenali sebagai Zabidi membuat hantaran di Twitter dan berkata:”Aku dah pergi beberapa ATM sejak semalam, tambahan yang dalam stesen minyak. Duit memang habis, duit tunai tak ada ni macam mana nak raya.

“Memang duit di mesin ATM kering, kalau pergi dekat bank pun kadang-kadang satu mesin ATM sahaja yang boleh digunakan.” katanya menurut laporan Kosmo.

“Itupun untuk periksa baki, kalau nak keluarkan duit memang tak boleh, betul-betul raya orang kali ni. Harapnya tak lama lah, kesian macam aku duduk Kuala Lumpur ni,” tulis Mad Zaid Ceroi.

Keadaan sama juga berlaku di Kuantan, Pahang apabila orang ramai berdepan masalah sama berikutan kebanyakan mesin ATM kehabisan wang.

Mohammad Faeez Harith dalam hantaran di Twitternya memaklumkan: “CIMB Kuantan, dua-dua cawangan dekat Masjid Negeri dengan Megamall tak ada duit dah dalam mesin ATM.

“Bagitau awal sebab baru pergi dua-dua tak sampai 10 minit lepas.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan