Header Ads

ads header

Flash News

Adakah Tony Pua tergolong kurang cerdik kerana cebur politik?


PETALING JAYA: Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung mengelak politik, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

“Apabila orang bijak tidak sertai politik, siapa yang jadi perdana menteri? Orang yang tidak bijak,” kata Pua pada majlis kutipan derma DAP Petaling Jaya.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat “menteri yang tidak bijak” dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tetapi “menteri BN lebih kurang bijak”.

Pua berkata, faktor penting kejayaan PH dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kebolehannya menarik orang yang bijak menceburi politik.

Katanya, rakyat Malaysia cenderung tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi politik kerana ia “teruk dan kotor”, mengakibatkan ramai pelajar yang bijak menghindarinya.

Budaya ini mesti diubah, katanya, dan generasi muda, terutamanya bawah 30 tahun mesti digalakkan untuk mengubah pemikiran mereka kerana kerjaya politik boleh dianggap “mulia” dan dengan menjadi ahli politik, seseorang boleh mengubah masa depan negara.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan