Header Ads

ads header

Flash News

Microsoft Edge Akan Menambah Penawaran VPN Percuma Dikuasakan Cloudflare, 1GB Setiap Bulan


Microsoft kini menguji ciri pelayaran web yang lebih selamat dan terlindung melalui penggunaan VPN – dinamakan sebagai “Secure Network”.

Perkhidmatan VPN yang ditawarkan percuma oleh Microsoft ini pada pelayar web Microsoft Edge, dikuasakan oleh Cloudflare, dan dihadkan kepada 1GB data setiap bulan.

Dengan mengaktifkan ciri ini, ia sekaligus menjadikan pelayaran web anda terlindung daripada sebarang penjejak, serta menutup lokasi anda daripada diketahui pemilik sesuatu web.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengumumkan ciri ini secara rasminya lagi, dan diketahui melalui laman sokongan yang disediakan oleh mereka. Mungkin kita akan melihat ciri ini diperkenalkan tidak lama lagi pada pelayar web Microsoft Edge. - AMANZ





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan