Header Ads

ads header

Flash News

Patuh keputusan parti pilih Sulaiman


MELAKA:
UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berpegang teguh kepada keputusan pucuk pimpinan parti melantik Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 iaitu janji yang dilafazkan jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Bahagiannya, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali berkata, ia selaras ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum pilihan raya, dan sudahpun dipersetujui semua ketua bahagian.

“Berhubung isu memaksa dan mendesak Sulaiman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, perkara itu adalah di luar pengetahuan saya. 

“Situasi ini tidak sepatutnya berlaku kerana selepas rakyat memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri ini, kita seharusnya memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto BN.

“Lebih penting tumpuan kita ke arah menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke United Kingdom (UK), semalam.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, khabar angin yang mendakwa Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan dalam masa terdekat, dianggap sengaja diadakan pihak tidak bertanggungjawab.

Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, lima ketua bahagian di negeri ini sebulat suara mempertahankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu terus kekal memegang jawatan tersebut sehingga habis penggal.

Dalam pada itu, Mohd. Ridhwan menegaskan, jika benar keadaan itu berlaku, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya tetap berpendapat, sewajarnya Sulaiman terus kekal menerajui pentadbiran negeri ini sehingga habis penggal,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan