Header Ads

ads header

Flash News

Rozman Isli fail semula permohonan batal pertuduhan salah guna kuasa


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan, bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang dihadapinya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman dalam kenyataan media berkata, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 11 Mei lalu, atas alasan pertuduhan terhadap anak guamnya tiada merit atau asas dari segi fakta mahupun perundangan.

Rafique berkata, pada tarikh sama, pihaknya juga memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, untuk dibicarakan.

“Pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurshafini Mustafha hari ini, mahkamah menetapkan 26 Mei untuk pengurusan kes bagi permohonan untuk membatalkan pertuduhan, sementara pengurusan kes bagi permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 23 Jun ini,” katanya.

Pada 4 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan Rozman untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 27, 28 dan 29 Jun, 7 Julai, serta 11 dan 12 Ogos, sebagai tarikh perbicaraan.

Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu timbalan pengerusi lembaga pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com

    BalasPadam
  2. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    BalasPadam