Tidak baik aibkan persalah....
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang kekasih diarak di jalan raya selepas ditangkap berzina pada bulan Ramadan lalu, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @ndorobei.official.
Rakaman memaparkan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans berjalan sambil menolak motosikalnya.
Seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, memegang tangan lelaki itu ketika berjalan bersama-sama.
Perkara begitu bukan sahaja terjadi di negara luar tetapi di Malaysia pun ada penduduk kampung membuat keputusan sendiri dan menjalankan hukuman mengikut nafsu.
Tuduhan atau pendedahan dosa-dosa peribadi seperti isu seks, arak, kaki judi dan seumpamanya menjadi mainan orang-orang jahat dan fasik. Mereka bukan mencegah kemungkaran, padahal merekalah yang melakukan kemungkaran. Mereka melanggar apa yang Nabi s.a.w sebut:
يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يُفْضِ الإِيمَانُ إِلَى قَلْبِهِ، لَا تُؤْذُوا المُسْلِمِينَ وَلَا تُعَيِّرُوهُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
“Wahai sekelian yang islam pada lidahnya tapi iman tidak memasuki jantung hatinya! Jangan kamu sakiti kaum muslimin, jangan kamu memalukan mereka, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara muslimnya, Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah mendapatkan keaibannya, Allah akan mendedahkannya walaupun keaiban itu berlaku di tengah rumahnya sendiri”. (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dll. Sahih)
Demikian amaran Nabi s.a.w terhadap golongan ini. Nabi s.a.w juga bersabda:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Hampir mustahil empat orang yang baik menyaksikan perbuatan zina sedangkan penzina terus berzina di hadapan mereka. Kalau berlaku juga, memang pelaku zina tersebut yang sengaja mendedahkan maksiat mereka pada orangramai.
Nabi s.a.w sendiri mengelakkan aib peribadi itu didedahkan, bahkan disuruh pelakunya bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى عَالَجْتُ امْرَأَةً فِى أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَإِنِّى أَصَبْتُ مِنْهَا مَا دُونَ أَنْ أَمَسَّهَا فَأَنَا هَذَا فَاقْضِ فِىَّ مَا شِئْتَ. فَقَالَ لَهُ عُمَرُ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ : لَقَدْ سَتَرَكَ اللَّهُ لَوْ سَتَرْتَ نَفْسَكَ. قَالَ : وَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- شَيْئًا فَقَامَ الرَّجُلُ فَانْطَلَقَ فَأَتْبَعَهُ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلاً دَعَاهُ فَتَلاَ عَلَيْهِ هَذِهِ الآيَةَ (أَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَىِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ) فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : يَا نَبِىَّ اللَّهِ هَذَا لَهُ خَاصَّةً؟ قَالَ :« بَلْ لِلنَّاسِ كَافَّةً »
“Wahai Rasulullah, aku berasmara dengan seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutup keaibanmu mengapa tidak engkau tutup (aib) dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Oleh itu kena ada dikalangan orang kampung atau masyarakat golongan yang berilmu memberikan nasihat yang sepatutnya dilakukan apabila kita berhadapan dengan kes penangkapan kesalahan jenayah tak kira kesalahan seks atau kecurian supaya mereka bersabar dan beriman dengan Allah s.w.t. dalam semua tindakan.
EDITOR
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan