Header Ads

ads header

Flash News

5 Berita Pelik & Menarik Lepas PRU-14



SEJURUS selepas berakhir Pilihan raya Umum ke-14, suasana kelam-kabut sekejap dan kemudian kembali sedikit tenang selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Sepanjang beberapa hari selepas itu, proses pentadbiran berjalan dengan pelantikan timbalan perdana menteri dan tiga menteri kanan dalam Kabinet.


Pada masa yang sama, Pakatan Harapan juga bersedia untuk menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan diampunkan dan dibebaskan.

Berikut ialah 5 berita pelik dan menarik sepanjang seminggu selepas 9 Mei.

1. Daim Kata Mahathir Jadi PM Dua Tahun



Dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times, Tun Daim Zainuddin berkata Mahathir akan jadi PM selama dua tahun lagi, dan adalah satu tindakan bodoh kalau menyerahkan jawatan PM dengan segera kepada Anwar. Nampaknya semakin sukar untuk berlaku transisi yang licin dari Mahathir ke Anwar.

2. Mahathir Kata Lim Guan Eng Mesti Bersihkan Nama



Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai menteri kewangan masih tidak sah menjawat jawatan kedua penting dalam Kabinet itu. Pelantikan ketua DAP itu sejak awal sudah menimbulkan keresahan orang ramai kerana kes korupsinya masih berjalan di mahkamah. Kenyataan Mahathir seolah-olah berdolak-dalik atau “u-turn” dalam melantik Guan Eng.

3. PPBM Kuasai Kerajaan Negeri Ditawan



Negeri-negeri dimenangi PH hanya Melaka yang PAN dilantik sebagai menteri besar, manakala PKR terus terajui Selangor. Johor, Perak, Kedah semua mendapat menteri besar dari PPBM. Ini mungkin persetujuan pembahagian negeri dan persekutuan antara komponen PH, tetapi sudah merisaukan PKR dan PAN.

4. Penyokong Mahathir Tidak Mahu Anwar Jadi PM?



Di media sosial, ada satu gelombang kecil menyokong kuat Mahathir kekal sebagai PM untuk satu tempoh yang lebih lama, dan pada masa yang sama menunjukkan rasa marah pada Anwar dan penyokongnya kerana mendesak agar Mahathir segera berundur. Gelombang ini semakin hari semakin besar di kalangan netizen PH.

5. Akta-Anti Berita Tidak Benar Tidak Dimansuh?



Perdana Menteri Mahathir semasa menjawab soalan wartawan tidak menyebut yang akta berita palsu yang baru diluluskan sebelum PRU14 itu dimansuhkan, tetapi berkata definisi berita palsu itu akan ditafsirkan semula. Penyokong tegar kebebasan bersuara tanpa had dalam PH telah mula tunjukkan sikap tidak setuju dengan pendirian Mahathir itu. – Mynewshub.cc


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

7 ulasan:

  1. Mantan Cukong Pulau Mutiara itu telah pun dikesan 'kotor' sebelum Puak Hipokarat (PH) masuk PRU14 lagi.

    Ini bermakna semasa pengumuman jawatan 3 terpenting dalam kabinet dapur PH, si mantan Cukong itu sudah sedia kotor pun. Awat tak perasan? haha

    Uturn hanya berlaku sesudah peristiharan Cukong dibuat dan bukan sebelumnya, yakni kalau peristiharan tidak dibangkang, dan tanpa pusingan U, si kotor ini sudah dinobatkan.

    Makanya tahniah semua yang perihatin dalam memantau gerak geri PH dengan mata dan minda terbuka yang mana impaknya ialah: Uturn.

    BalasPadam
  2. Harga petrol semasa adalah harga yang tak berubah sejak sebulan yang lalu? Awat PH nak ikut harga penguasa lama? Subsidi apa cer?

    BalasPadam
  3. Cukai apa ada lagi nak kutip, banyak dah dimansuhkan oleh yang demikian sedang berhempas pulas dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto. Barulah jadi cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam
  4. Manusia yg mudah percaya kpd fitnah penipu kini tertipu.

    BalasPadam
  5. elok jugak madey pegang pm 5 tahun laa ni tengah dok sentai karat siap grinding lagi.. pas tu pru15, parti islam semalaysia amek malaysia masa tuu semua dah bersih cuma tinggai nak cuci dgn bulu ayam jee..allah merancang.. takbir..

    BalasPadam
  6. Kita Tengok 5 tahun ni . Camne depa perentah , x elok nnti isu 2 kita kumpul Untuk di terjemah kan , yg mungkar .lslam tetap di daulatkan

    BalasPadam
  7. kerajaan baru bertukar buka senang nak berubah total dlm masa terdekat

    BalasPadam