Header Ads

ads header

Flash News

Persepsi dan Kebenaran



Ada satu kata-kata Adolf Hitler yang menyebut, "Sebuah kebohongan yang disampaikan seribu kali akan menyebabkan masyarakat menjadi yakin bahawa kebohongan itu adalah suatu kebenaran."
Barangkali itulah strategi permainan persepsi dan fitnah.

Tercatat sebuah kisah dalam naskah Lelaki Akhirat dari sudut Kota Madinah mengenai  seorang lelaki yang bernama Mohd Sabar yang diminta oleh isterinya supaya menjual unta mereka ke pasar di hujung desa. Sayangnya usaha mereka itu dihidu oleh sekumpulan penipu yang berniat memperdaya Nasruddin agar menjual untanya pada kadar harga seekor keldai yang tentunya jauh lebih murah. 

Begitulah yang berlaku ketika dalam perjalanan ke pasar,  salah seorang penipu itu menyapa Nasruddin,  "Berapa harga mahu dijual keldai tu?" Mohd Sabar tidak melayan pertanyaan tersebut kerana marah untanya dianggap keldai.

Nasruddin teruskan perjalanan.  Datang pula penipu kedua yang sengaja mengajukan soalan serupa, "Berapa harga keldai kamu?" Keyakinan Mohd Sabar mula tergugah,  bagaimana ada dua orang yang berbeza sudah bertanya soalan serupa. Tetapi diteguhkan hati teruskan perjalanan.

Untuk kali ketiga, Mohd Sabar ditanya lagi soalan serupa dalam perjalanan daripada rakan dalam kumpulan penipu itu juga. Kali ini keyakinan Mohd Sabar mula goyah. Timbul rasa berbelah bahagi. Sistem kepercayaan sudah mula dirobek.

Sampai di Pasar, datang penipu keempat mendekati Mohd Sabar sambil terus menawarkan harga seekor keldai bagi unta yang dibawanya.  Akhirnya Mohd Sabar menjual juga unta tersebut dengan harga seekor keldai hasil muslihat dan  tipudaya penipu-penipu tersebut.

Hebatnya permainan persepsi. Kisah ini sekadar mengajar pentingnya memegang prinsip-prinsip kebenaran dan untungnya mereka yang istiqamah pada kebenaran yang diyakini benar.

Ketika menghadapi permainan licik mereka yang memegang prinsip matlamat menghalalkan cara, tidak ada yang paling benar melainkan kebenaran itu sendiri. Namun kita sendiri jadi keliru mana satu yang benar?

Politik di Malaysia persepsi dan fitnah sehingga fitnah lihat benar.

Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)





Pening.
#AhmadFairoz

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Kalau nak guna senjata usah gunakan PERSEPSI. Kalau tak betul gaya, PERSEPSI makan diri.

    BalasPadam