Header Ads

ads header

Flash News

LGBT, Nasihat atau lawan?


PENGAMAL LGBT pada peringkat individu (yang belum insaf, yang terdetik untuk insaf) adalah BERBEZA dengan pengamal dan penyokong LGBT pada peringkat organisasi tersusun, yang mengenakan tekanan supaya polisi dan undang-undang dibuat supaya menerima orientasi seksual mereka.

Golongan pertama, pendekatan adalah dakwah dan nasihat berterusan. Memberi kesedaran dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Bahkan JAKIM telah mengeluarkan panduan yang baik untuk menangani golongan ini (http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Memahami_LGBT_Dari_Perspektif_Seorang_Muslim.pdf ) .

Adapun golongan kedua, yang mana mereka ini membuat gerakan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengadakan normalisasi LGBT, kita perlu ditangani dengan gerakan tersusun juga melawan tekanan dan tuntutan mereka.

Sedarkah kita, sudah ada pihak pro-LGBT mencabar bidang kuasa mahkamah syariah yang mempunyai enakmen yang meletakkan perlakuan LGBT sebagai sebuah jenayah.

Sedarkah kita, sudah ada pihak yang meminta kuasa luar (Perancis dan Amerika Syarikat contohnya) dengan memberi dana untuk mereka melaksanakan aktivisme untuk menekan semua pihak dalam negara supaya normalisasi LGBT. Bahkan siap dapat anugerah kerana ‘mempertahankan golongan LGBT’.

Sedarkah kita, sudah ada aktivis LGBT yang masuk ke syarikat-syarikat dalam negara untuk melobi supaya syarikat-syarikat ini tidak menghadkan pengambilan pekerja mengikut norma heteronormativiti sahaja.

Contohnya, kalau orang itu transexual / transgender female (lelaki yang menukar jantina menjadi wanita sama ada sekadar penukaran luaran, atau penukaran melalui proses perubatan) juga harus diberi hak sebagai seorang wanita dalam syarikat.

Sedarkah kita sudah ada tekanan untuk memasukkan dalam kurikulum pendidikan, supaya anak-anak dikenalkan dengan ‘gender identity, gender roles & gender expression’, iaitu anak-anak diajar supaya mereka bebas memilih hendak jadi apa?

Bahkan majalah National Geographic edisi Januari 2017 memaparkan di muka hadapan, kanak-kanak lelaki 9 tahun bernama Avery Jackson yang menukar diri menjadi perempuan, katanya “The best thing about being a girl is, now I don’t have to pretend to be a boy”.

Saya turut mengikuti perkembangan dari negara jiran, Singapura. Terdapat komuniti yang meliputi Muslim dan bukan Muslim yang menolak gerakan LGBT tersusun, iaitu ‘We Are Against Pink Dot Singapore’.

Jika mereka yang bukan Muslim di negara sekular boleh memahami hal ini, apatah lagi Muslim di negara berpaksikan Islam. Malangnya juga WAAPD Singapore terkini telah diberi tekanan, untuk memberhentikan mereka dari melawan tuntutan gerakan LGBT.

Jangan sebut saya ‘fear-mongering’, apa yang disebut di atas adalah perkara-perkara yang telah berlaku.

Jangan pukul sama rata, semuanya perlu dakwah bil hikmah.

Amar maaruf nahi mungkar perlu dilaksanakan dengan kadar yang setara.

Melawan organisasi terancang dengan sekadar nasihat individu adalah tidak setara. Ini logik. Bahkan ia adalah tuntutan agama.

Jangan kerana kita ingin mengambil hati dan mendapatkan sokongan pihak tertentu, kita melembikkan diri. Bahkan yang paling teruk, kita menafikan bahawa ancaman-ancaman ini ada.

Sudah-sudahlah menjadi orang baik, tetapi menganggap dosa-dosa sebagai sesuatu yang boleh diabai begitu sahaja.

Semoga kedatangan Ramadan menjadikan ummat Islam di Malaysia cakna dan sedar. Menghidupkan hati menyedari bahawa dosa adalah dosa, dan ketidakendahan kita merupakan simtom-simtom kematian hati.

Bak pesan Rasulullah s.a.w
Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang sekadar menganggap dosa sebagai lalat yang hinggap di hidung, dan sekadar ditepis begitu sahaja. Jadilah kita Muslim yang sentiasa merasakan dosa sebagai gunung yang akan menimpa diri kita.

Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Surah Al-A’raf (80-84)
    Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. (81) Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. (82) Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia dari orang-orang yang dibinasakan. (83) Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (84)

    BalasPadam