Header Ads

ads header

Flash News

Adakah Mahathir akan buat Najib macam dia buat kepada Anwar?



Beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Razak disenarai hitam oleh pihak berkuasa Malaysia, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengesahkan, arahan menyekat perjalanan bekas perdana menteri itu ke luar negara itu datang daripada beliau.

"Memang benar saya melarang Najib meninggalkan negara ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti BERSATU di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai status Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang sepatutnya berangkat ke Indonesi untuk bercuti.

Dalam kenyataannya Najib berkata beliau perlu berehat seketika dan memikirkan langkah yang perlu diambil ekoran kekalahan BN dalam PRU ke-14 pada Rabu lalu.

Kata Dr Mahathir larangan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen itu dibuat kerana pihak berkuasa negara ini sedang menjalankan siasatan.

"Ada banyak aduan terhadapnya (Najib) dan semua itu haru disiasat.

"Jika ada antara aduan itu didapati sah, kerajaan perlu bertindak segera.

"Kerajaan tak mahu terganggu dengan (proses) ekstradisi dari negara luar," katanya.

Kita memang tak mahu Najib. Kita juga tak setuju dengan kleptroasi. Kita tak setuju dengan penyelewengan. Tapi kita masih tidak lupa bagaimana Mahathir membuat tuduhan kepada Anwar Ibrahim bersalah di Mahkamah. Adakah mahkamah semasa menjatuhkan Anwar itu adil?

Kita jangan lupa sebelum ini dalam PRU-13 kita juga berazam untuk tangkap Mahathir. Adakah Mahathir benar-benar suci kerana dia bersama kita pada PRU-14 kali ini.

Kita jangan jadi Melayu/Cina yang mudah lupa.

Jangan ulangi apa yang berlaku kepada Anwar terjadi kepada Najib kerana Islam mengajar kita sangat teliti dalam membuat tuduhan.

Saya sangat mengahrap pimpinan parti AMANAH jangan leka dengan jawatan sehingga hilang nilai Islam dan komitmen kita kepada ajaran Islam.












......

http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. Bukan saja mudah lupa topi perkembangan menampakkan ada yang mudah berenddam.

    BalasPadam
  2. Menjalankan urusan negara dan rakyat dgn menghukum pemimpin bermasalah dikatakan berdendam? Urusan negara bukan urusan peribadi. Umno dh punah. BN dh hancur. Tak payah la berdendam dgn Najib yer. Cukup2 la. Kita maafkan Najib sbb dia dh minta maaf. Semudah tu?

    BalasPadam
  3. Kalau Haprack boleh maafkan seseorang makanya apalah beratnya berbuat sama pada orang lain. Atau mereka tak kesah kalau panggilan Haprack jadi Hiphopsi?

    BalasPadam