Header Ads

ads header

Flash News

Adun Jengka banteras perjudian haram



    BANDAR JENGKA: Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berusaha menangani kegiatan perjudian haram yang semakin berleluasa di Felda Raya, Jengka 14.

    Semalam beliau bersama Jabatan Agama Islam Pahang dan anggota polis menyerbu sebuah premis yang disyaki menjalankan perniagaan perjudian haram.

    Pada serbuan jam 11 pagi itu pihak berkuasa menemui beberapa peralatan dan dokumen berkaitan perjudian nombor ekor haram yang dikendalikan pemuda.

    Shahril berkata, serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai terhadap kegiatan perjudian haram semakin menular di Jengka.

    “Orang ramai menganggap Felda Raya, Jengka 14 sebagai pusat ekor haram kedua selepas Tongkiat (Sungai Jerik),” katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2018



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

9 ulasan:

  1. Membangun bersama ISLAM

    BalasPadam
  2. waktu ianya kecil senang di tangan-tangankan, bila dibiarkan besar pusat sebegitu akan tidak makan dek saman.

    BalasPadam
  3. starting judi haram pas ni yg halal lak.. insyaallah..

    BalasPadam
  4. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, Jabatan Agama Islam Pahang dan anggota polis kerana menyerbu sebuah premis yang disyaki menjalankan perniagaan perjudian haram.

    Kita berharap puak sekular liberal dan kafir harbi tidak menjerit histria konon serbuan tersebut melanggar hak kebebasan individu ( walaupun ramai kaki judi muflis kerana judi dan keluarga mereka menderita).

    BalasPadam
  5. shabas..teruskan amal maarof nahi mungkar

    BalasPadam
  6. alhamdullilah adun PAS sudah menabur bakti yg lain masih berebut krusi meja.pilihan ku tepat.bolehlah aku sandarkan dihadapan allah swt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. stuju dgn tuan. ambe rasa bernilai undian tempoh hari.ambe dgr pun di trengganu dh dpt manafaatnya. insya allah PRU15 kita ubah

      Padam
  7. So mcm mana parti "islam" sebelah sana? Putarjaya dah dpt bolehlah martabatkan undang2 Islam lepas ni... Jgn terputar seputar rejim sekular macam yg lepas2. Rakyat memerhatikan setiap tindak tanduk kamu... apa yg kamu janji mesti kamu tunaikan sebelum pengundi2 menunaikan tanggungjawab menjatuhkan kamu sekali lagi...

    Betulkan yang lazim
    Lazimi yang betul

    BalasPadam
  8. Tak silap saya dulu ada yang berjanji setelah dapat Putrajaya, undang undang syariah akan dibincang dan dilaksanakan. Ayat lembut “jangan jadi munafiq”

    BalasPadam