Header Ads

ads header

Flash News

Ahli majlis PBT Pas letak jawatan


SHAH ALAM - Semua ahli majlis PBT  daripada Pas telah meletakkan jawatan selepas parti berkenaan mengalami kekalahan teruk di Selangor pada PRU14 baru-baru ini.

Rata-rata daripada mereka difahamkan menyerahkan surat peletakan jawatan pada 14 Mei yang lalu.

Menurut sumber dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, seramai lima ahli majlis (MPK) daripada Pas telah meletak jawatan.

Antara nama-nama yang tersenarai meletak jawatan adalah Kahar Muzakkir Munawir, Prasad Hanif, Azimah Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan K Deepakaran.

Katanya, sehingga kini, tidak ada ahli majlis yang dilantik secara kontrak sehingga pemilihan parti politik Pakatan Harapan (Harapan) dibuat.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, tempoh perkhidmatan ahli-ahli majlis adalah sehingga Jun 2018.

“Tetapi sehingga ke hari ini, ahli-ahli majlis daripada Pas telah mengemukakan surat peletakan jawatan.

“Dan selepas daripada tempoh perkhidmatan ahli-ahli majlis Jun ini, pihak MBSA akan menerima senarai ahli majlis daripada kerajaan negeri untuk tempoh yang seterusnya,” katanya.

Menurutnya, masing-masing menyerahkan surat peletakan jawatan selepas PRU14.

Beliau berkata, pihak MBSA melihat peranan ahli majlis ini penting untuk membantu dan memberikan pandangan serta idea bagi memantapkan lagi pengurusan dan sistem penyampaian di MBSA.

Sumber daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata, seramai empat ahli majlis MBPJ telah meletak jawatan sebelum dan selepas PRU14.

Beliau berkata, sebelum ini, dua ahli majlis MBPJ iaitu Mohd Ghazali Daud dan Ariffin Mahaiyuddin meletak jawatan kerana menjadi calon dan bertanding dalam PRU14.

Katanya, dua lagi ahli majlis MBPJ yang meletak jawatan berkuatkuasa mulai 14 Mei lalu ialah Azri Mohd Arish dan Azizi Ariffin.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Tahniah Pas. Jika Pas pentingkan jawatan dan pangkat boleh saja Pas bergabung dgn BN atau PH dlm pru14. Tapi Pas bukan parti seperti itu yg kebulur nak jadi menteri.

    BalasPadam
  2. Jawatan bukan anegerah tetapi amanah.Hanya mereka yg bertaqwa shj faham.

    BalasPadam
  3. politik matang sejahtera x perlu nk brebut

    BalasPadam
  4. Geng sekular je gila darajat/kuasa...

    BalasPadam
  5. Tak lama lagi akan ada pilihanraya majlis tempatan.

    Kalau selama ini dah cukup sibuk, selepas ini akan berganda2 sibuk.

    Bila terlalu sibuk... ramai akan exhausted dan akhirnya give up.

    Dipenghujung nanti hanya segelintir saja yang akan terus berada dalam permainan.

    BalasPadam