Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Terengganu buka permohonan miliki rumah



    KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan peruntukan bantuan pembinaan baharu dan pembaikian rumah bagi rakyatnya dari golongan kurang berkemampuan.

   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, ia boleh dipohon di Pejabat Dun seluruh negeri itu dengan syarat memiliki tanah sendiri.
    
    Menurutnya, peruntukan tersebut merupakan tawaran penting Kerajaan PAS Terengganu untuk menyedia dan memastikan rakyat negeri itu khususnya yang berumur 21 tahun ke atas dan berumah tangga memiliki kediaman sendiri.
    
    Jelas beliau, ia adalah komitmen kerajaan yang bermatlamat mahu membantu rakyat sebagaimana Manifesto PAS Terengganu itu telah diumumkannya di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
    
    "(Kerajaan) PAS mahu selesai secara teratur dan mahu membantu golongan yang betul-betul susah serta tidak mampu memiliki rumah sendiri," ujar beliau.
    
    Maklumnya, bantuan seumpama juga boleh diperolehi dari agensi lain termasuk Majlis Agama dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM) mendapatkan rumah percuma 760 kaki persegi tiga bilik standard dalam harga RM40,000.
    
    "(Ini) Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tanpa bayaran dan kerajaan akam tanggung. Tapi kena ada tanah serta mendapat keizinan daripada tuan tanah.
    
    "(Manakala permohonan) Rumah Kos Rendah (RKR) dibina oleh SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) diagihkan kepada mereka yang layak, tetapi berbayar kepada SEDC.
    
    "Pemilik rumah tersebut (dikenakan) bayaran bulanan sebagai sewa sekitar RM200 hingga RM300," terang Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
    
    Selain itu maklumnya, terdapat juga peruntukan wakil-wakil rakyat seperti program "Perumahan Ku Sayang" di bawah kawalan Pejabat Daerah, selain kemudahan pinjaman dari Tabung Perumahan Rakyat yang tersedia RM50 juta setahun.
    
    Sementara menurut beliau lagi, perumahan untuk jualan oleh pihak swasta dibenarkan pembinaan banglo dan Rumah Kos Sederhana, tetapi syaratnya mesti ada RKR dibina untuk jualan juga.
    
    Beliau turut mengimbau usaha Kerajaan PAS Terengganu yang pernah memberikan tanah kepada rakyat untuk dijadikan tapak rumah semasa pemerintahan tahun 1999 - 2004, tetapi dirampas Kerajaan BN selepas itu. -HARAKAHDAILY 26/5/2018



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. alhamdulillah takniah kerajaan terengganu

    BalasPadam
  2. usah ulangi kesilapan parti keramat

    50 tahun perintah PP, perumahan rakyat terutama Melayu terabai

    tanpa rumah kekal, pilihan yang terbentang ialah berpindah randah

    kini jumlah tinggal secara tetap di PP tak mampu memberikan undi yang cukup untuk parti keramat.

    parti itu menuju ketidakrelevanan di Pulau Muatiara.

    BalasPadam