Header Ads

ads header

Flash News

Amanah gagal tarik pengundi Melayu luar bandar


Kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengalahkan PAS di kubu kuat parti Islam itu dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu menunjukkan aliran politik Islam Amanah gagal menarik pengundi Melayu luar bandar, kata seorang pensyarah sains politik.

Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) memberitahu FMT, beliau percaya sukar bagi Amanah menembusi kawasan majoriti Melayu kerana mesejnya tidak menepati konteks di mana Islam dianggap agama orang Melayu semata-mata.

Beliau berkata, agenda Amanah ialah mempersembahkan Islam seperti yang digambarkan al-Quran – “rahmat kepada manusia”.

“Namun, selagi kemelayuan dan Islam terikat satu sama lain, Amanah perlu mencari cara lain untuk menembusi kawasan orang Melayu.”

Beliau mengakui Amanah lebih kuat daripada PAS di kawasan penduduk berbilang kaum dan kelas pertengahan Melayu, tetapi beliau mempersoalkan jika ia menepati peranan sebenarnya sebagai sebuah parti komponen PH.

Untuk kekal relevan sebagai sebuah parti politik Islam di Malaysia, katanya, Amanah tiada pilihan kecuali memperluaskan pengaruhnya ke kawasan orang Melayu di luar bandar.

“Di negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, PAS lebih berjaya berbanding semua parti komponen PH.

“Amanah tiada tarikan di kawasan dikuasai orang Melayu.”


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 ulasan:

  1. Sebenarnya di pantai barat..pengundi bukan mengundi PAN tapi pakatan harapan..PAN tidak mempunyai penyokong yg ramai tp menumpang penyokong PH..

    BalasPadam
  2. Undi popular Pas shj 2juta+. Undi popular PH yg terdiri drp 4 parti ialah 5juta+. Maknanya dr sudut invividu parti, Pas paling besar UP. Drp 5juta PH tu berapa agaknya UP utk Pan? Tp betullah, pengundi muda yg majority dlm 52% menolak BN lebih drp mengundi utk PH di pantai barat.

    BalasPadam
  3. Spesies professor kangkung suka membuat kenyataan syok sendiri tanpa membuat sebarang kajian saintifik yang bersifat objektif dan berkecuali seolah-olah kajian saintifik tidak wujud dalam otak mereka walupun bergelar proffessor.

    Bahkan spesies professor kangkung telah membuat ramalan yang mengalahkan raja lawak konon parti Islam PAS pimpinan ulama Islam akan kalah teruk dalam PRU ini.

    Spesies professor kangkung meramalkan kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan. PRU14 akan hanya menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PH sahaja. PAS akan kalah semua kerusi di Kelantan.

    Invoke pun membuat ramalan yang sama. Kah kah kah kah lawak abad ke 21 kah kah kah.

    Bila otak dah hilang sikap neutral dan kemaruk menyokong pakatan, professor yang kononnya bijak pun jadi bodoh.

    Pakatan kalah secara total dan sebilangan calon pakatan hilang wang deposit di Kelantan dan Terengganu. Bahkan prestasi PAS dalam PRU14 adalah lebih baik dari PRU13. PAS berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu dan hampir berjaya menguasai Kedah dimana PAS mendapat paling banyak kerusi dan berbanding dengan parti-parti komponen pakatan dan peningkatan bilangan kerusi DUN PAS di Pahang.

    Dakwaan konon PAN kalah di kawasan luar bandar sahaja juga boleh dipertikai kerana PAN juga kalah di kawasan bandar seperti Kota Bharu dan Kuala Terengganu !

    Agenda Amanah ialah KONON mempersembahkan Islam seperti yang digambarkan al-Quran – “rahmat kepada manusia”.

    Bagimana boleh PAN boleh mempersembahkan Islam mengikut Al-Qur'an (mana Sunnah? jika PAN sendiri bersekongkol dengan DAP?

    Tindakan PAN bersekongkol dengan DAP yang didakwa menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam telah menyebabkan kawasan majoriti kaum Melayu Islam menolak PAN.

    Kawasan majoriti Melayu juga mempunyai kesedaran Islam yang lebih tinggi menyebabkan mereka menolak semua janji (kencing?) manis dalam manifesto pakatan.

    Dan sekarang kita melihat pemimpin-pemimpin pakatan telah gagal menunaikan semua janji mereka seperti menghapuskan GST, tol lebuh raya, menurunkan harga minyak, mengurangkan beban rakyat sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14 ( seperti mana yang dijanjikan oleh sebilangan pemimpin pakatan). Bahkan sekarang harga barang keperluan asas meningkat pada tahap gila babi.

    Maka sekarang kerajaan pakatan berdolak-dalih menyalahkan kerajaan BN untuk menarik perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu kerajaan pakatan gagal menunaikan janji pakatan dalam PRU14.

    Majlis Professor Negara pula menjangka BN akan memenangi PRU14 tetapi malangnya BN kalah PRU14 dan MPN dibubarkan ! Kah kah kah kah

    Kita merasa hairan bagaimana professor-professor membuat kenyataan bodoh tanpa kajian saintifik yeng bersikap neutral dan objektif.


    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf tanpa nama boleh saya tafsirkan komen saudara itu PAN sendiri bersekongkol dengan DAP?sepatutnya PAN/PH sendiri diPERKUDA OLEH DAP?
      siapa yg berani menyanggah. MOF yg masih dlm urusan makamah le nie telah disucikan.


      Padam
    2. Memang benar parti-parti sekular liberal telah diperkudakan oleh DAP dalam PRU14 berdasarkan ceramah-ceramah DAP sendiri sebelum PRU14.

      Bagimana boleh seorang pemimpin DAP yang sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah dll di mahkamah boleh dilantik menjadi menteri kewangan?

      Tindakan ini menunjukkan kerajaan pakatan mempunyai masalah integriti.

      Padam
  4. Strategi Tun M yang menggunakan satu logo PKR adalah tepat menyebabkan pengundi tidak kisah siapa yg mewakili utk logo. Kalau guna logo PAn, belum tentu lagi PAN boleh menang.

    BalasPadam