Header Ads

ads header

Flash News

Apa beza kenyataan Mohd Amar dengan Anwar Ibrahim?


Saya membaca kenyataan Dato Mahfuz Omar, naib presiden AMANAH bahawa kenyataan Dato Mohd Amar 'yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 kerana negara terlalu banyak berhutang' menandakan bahawa PAS berjiwa kerdil kerana daripada awal lagi menjangka tidak menang.

Saya kira Dato Mahfuz sengaja ingin memanaskan isu di bulan Ramadhan ini. Kenyataan Dato Mohd Amar itu secara mudahnya boleh difahami sebagai kenyataan bersahaja, ia adalah ulasan kepada soal prinsip kalah menang terletak di tangan Allah.

Jika itu ditafsirkan sebagai jiwa kerdil, apa pula pandangan Dato Mahfuz berkenaan dengan ayat begini, "Kelantan dan Terengganu next round. Kalau menang semua, tak fun la pilihanraya selepas ini.."

Adakah ayat ini boleh juga ditafsirkan sebagai jiwa kerdil kerana Kelantan dan Terengganu 'tidak kisah' untuk tidak menang kerana dibimbangi selepas ini tiada 'fun'? Pilihanraya ini sekadar untuk 'fun' kah?

Jika bukan jiwa kerdil, adakah itu jiwa bongkak? Mohon pencerahan, YB Pokok Sena.

Umar Hj Kamaruddin Al Fathani


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

7 ulasan:

  1. Kalau nak banding ayat tak kisah.. nampak tak ada beza. Kalau dibandingkan maksud.. byk beza

    BalasPadam
  2. mahpuz tu bukan cerdik sangat jgn duk peduli kan dia,menang bukan atas dasar dia tapi kerana lain

    BalasPadam
  3. Kita tidak menghormati pemimpin yang sanggup mengkhianati perjuangan Islam dengan menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan menyertai parti kuali yang menjadi barua parti kafir harbi roket.

    Pemimpin ini adalah spesies biawak lidah bercabang yang boleh bertukar warna dari hijau kepada oren.
    Dia sibuk memburuk-burukkan pemimpin parti Islam sedangkan keburukan itu terdapat pada dirinya sendiri.

    Dia sibuk mempertikai sumbangan pemimpin-pemimpin parti Islam sedangkan dia sendiri tidak pernah membuat sebarang sumbangan besar kepada negara.

    Dia sibuk mempertikai sumbangan dan kebaikan parti Islam tetapi dia sendiri tidak mampu memberi sumbangan dan kebaikan.

    Satu jarinya menuding orang lain, tiga jarinya pula menuding balik kepada dirinya. Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih.

    Apakah jenis pemimpin yang mengkhianati perjuangan Islam?

    Jika dia boleh mengkhianati perjuangan Islam, dia juga boleh mengkhianati amanh rakyat.

    BalasPadam
  4. Kita pernah menghadiri ceramah seorang pemimpin (liberal) di sebuah universiti dberpuluh tahun yang lampau di mana pemimpin NGO Islam tersebut telah menceritakan kebaikan perjuangan Islam dan keburukan parti keris telanjang.

    Masa berlalu begitu pantas, kita menyangka dia akan menyertai PAS kerana kecenderungannya kepada perjuangan Islam.

    Malangnya dia telah menyertai parti keris telanjang pimpinan Dr M yang dia kutuk selama ini dan kita terkejut besar. Bahkan dia berkata tiada masalah dalam parti keris telanjang.

    Akhirnya dia telah dipecat dari jawatan no. 2 kerana menggugat kedudukan Dr M dan didakwa di mahkamah kerana kes jenayah seksual.

    Akibatnya, hakim telah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya berdasarkan bukti dan saksi yang mencukupi.

    Selepas itu dia dan keluarganya parti mata ( iluminati?) untuk memperjuangkan pembebasan dirinya dari penjara (bukan untuk rakyat?).

    Akhirnya Liberal International mendedahkan bahawa parti mata adalah parti liberal.

    Nota:

    1. Liberalisme bertentangan dengan ajaran Islam.

    2. Liberalisme dan Islam liberal telah difatwakan haram oleh majlis fatwa .

    BalasPadam
  5. Dasar lalang sememang begitu, mudah ditiup angin tiada prinsip

    BalasPadam
  6. Manifesto yg menipu rakyat hanya membawa kejayaan kepada ph..tiada beza dan bn tetapi kejatuhan bn ad hikmah nya...ph mungkin berjaya sepenggal saja..

    BalasPadam