Header Ads

ads header

Flash News

Istana arah sekat Husam & Wan Rahim masuk istana, wisma negeri


Kerajaan negeri mengesahkan kebenaran pekeliling yang dikeluarkan pada 27 Mei 2018 lalu berhubung larangan memasuki pejabat kerajaan dan istana kepada Pengerusi Harapan Kelantan, Husam Musa dan Pengerusi AMANAH negeri, Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad kepada media, di Kota Bharu, hari ini.

"Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana.

"Sebabnya saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, surat yang ditandatangi Nazran itu viral di media sosial sejak semalam sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Bagaimanapun, setakat ini sama ada Husam atau Wan Abd Rahim masing-masing mendiamkan diri berhubung perkara itu.

Kandungan surat itu menyatakan Husam dan Wan Abd Rahim dilarang memasuki Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Kota Darulnaim dan semua pejabat kerajaan negeri.

Selain itu, kedua-dua mereka turut dilarang berada di enam istana iaitu Istana Negeri, Istana Balai Besar, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang.

Sementara itu, Nazran menjelaskan sekatan terhadap dua tokoh politik Kelantan tersebut merupakan senarai tambahan daripada jumlah sebenar individu yang disekat.

"Setakat ini memang dua orang ini sahajalah senarai tambahan yang tidak dibenarkan masuk.

"Sebenarnya dah ramai kena larangan ni. Saya tak ingat jumlah," katanya.

MR : Bila suka sebar fitnah dan maklumat palsu kepada PAS tak apa tapi kalau terlibat dengan sultan dan kerabat istana tahu nasib..



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

9 ulasan:

  1. Gaya politik tidak matang, fitnah, bunuh karekter dan hasut hanya laku kalau dijual di pantai barat. Cubaan untuk bawa pendekatan sama ke pantai lain nampaknya masih gagal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello sahabat...kerja husam utk cari bahan utk buat fitnah
      So harap faham

      Padam
    2. stuju....cari makan sara anak bini . nk buat kerja lain x reti.

      Padam
  2. DOSA MENFITNAH ADALAH LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) FITNAH itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir."
    (Al-Baqarah 2:191)

    Maka tindakan menghalang penjaja-penjaja fitnah dari memasuki jabatan kerajaan adalah tindakan yang betul dan tepat untuk melindungi kepentingan dan hak orang awam dari ancaman fitnah.

    BalasPadam
  3. Baguh2....dato husam musa pergi tinggal kat istana2 di area putra jaya..semangat sangat nak kan putra jaya..hihi

    BalasPadam
  4. orang JENGKA bertanding boleh menang bergaya .orang tempatan bertanding kalah. jadi orang di luar sana biar buta mata JANGAN buta hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org sekrg tgah memuja PH..memuja ibarat pak pandir..terlompat melolong..tp harta tergadai

      Padam
  5. Memang husam adalah yang paling saya benci dalam pan. Amat konsisten dalam mengfitnah dan kutuk pas. Sorang lagi khalid samad. cuma khalid samad ni bukan fitnah tapi suka kutuk pas tahap piang. Yang lain dlm pan tak seteruk 2 orang ni w.pun kita tahu semuanya setia kpd dap.

    BalasPadam