Header Ads

ads header

Flash News

BPMS - Terengganu Walk The Talk!


Bila sebut tentang BPMS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera, saya sangat 'respect' pada negeri Terengganu Darul Iman.

Negeri Terengganu yang baru ini dipimpin PAS telah membuktikan BPMS bukan sekadar cakap-cakap kosong malah telah mengamalkannya seawal hari pertama lagi menubuhkan kerajaan negeri.

1) Penyerahan kuasa bekas MB kepada MB yang baru berjalan dengan aman dan harmoni.

2) Kerjasama dengan Raja Bahrin (PH) yang mempunyai kepakaran arkitek untuk membina Terengganu.

3) Pembahagian peruntukan DUN yang sama rata untuk dun kerajaan dan dun pembangkang.

4) Kesediaan YB Dr. Azman untuk bekerjasama dengan YB Salahuddin Ayub (Amanah) atas portfolio yang sama - Industri Pertanian & Perikanan

5) Tidak membeza-bezakan antara rakyat yang mengundi pembangkang dan kerajaan.

Mungkin ada yang tanya, penting ke BPMS ni? Apa yang bagusnya?

Terbukti negeri Terengganu merupakan negeri yang terawal dan terbanyak melaksanakan manifesto kebajikan untuk rakyat mereka.

1. Air percuma.
2. Karnival kahwin percuma.
3. Dana rakyat untuk Aidilfitri.
4. Dana bina dan baiki rumah.
5. Cukai pintu premis kediaman dihapuskan.

Nah. Apabila ahli politik saling berpolitik secara matang dan sejahtera, kebajikan rakyat lebih dikeutamakan. Ahli politik tidak membuang masa hanya mahu bergaduh dan berpolitik isu bahkan sama-sama bekerja untuk rakyat.

Semoga parti-parti politik di Malaysia dapat mencontohi budaya BPMS yang diamalkan PAS

Sekian. Menuju Malaysia Baharu!

Rujukan:
Penyerahan Tugas MB
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211256527754745&id=1405823782

PH Raja Bahrin Tawar Kepakaran
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/raja-bahrin-tawar-kepakaran-bina-terengganu-semula-1.838401

Peruntukan Dun Sama Rata
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211302481103550&id=1405823782

YB Dr Azman dan YB Salahudin Ayub
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122901561059292&id=100000184078135

YB Dr Azman; yg undi Umno juga rakyat saya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122901561059292&id=100000184078135

Aimi Hannani


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. takniah kerajaan terengganu merintis pendekatan yg terbaik untuk kesejahteraan rakyat.Harap PAS tidak dikhianati atas nama BPMS

    BalasPadam
  2. ....saya selalu sebut, sesebuah kerajaan ni, TAK DAPAT BAGI APA2 KPD RAKYAT PUN TAK APA, ASALKAN KERAJAAN TAK AMBIL APA2 YG MELAMPAU2 SANGAT DARIPADA RAKYAT...
    itu ajer lah...dah cukup.

    BalasPadam