Header Ads

ads header

Flash News

Ambiga tekan Mahathir Akta Antiberita Palsu mesti dimansuh


Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 mesti dimansuhkan.

"Kami tahu keadaannya apabila akta itu diluluskan [...] tidak ada alasan untuk ada akta berita palsu dan antiberita palsu," katanya kepada stesen radio, BFM.

"Saya fikir, sebaik sahaja jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk mengkaji undang-undang sedia ada yang perlu dimansuhkan, maka Akta Antiberita Palsu mungkin akan menjadi yang pertama dalam senarai itu," katanya.

Pada petang ini, kerajaan mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Reformasi Institusi dan menamakan Ambiga sebagai salah seorang anggotanya.

Anggota lain ialah hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brig jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji dan profesor undang-undang dari Universiti Malaya Prof Shad Saleem Faruqi.

Skop tepat bagi jawatankuasa itu belum digariskan.

Kerajaan 'takrifkan' berita palsu


Akta Antiberita Palsu 2018 yang digubal pada April oleh kerajaan BN sebelum ini, memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda sehingga RM500,000.

Pengkritik berkata hukuman yang dikenakan adalah keterlaluan sementara tidak ada definisi yang jelas mengenai apa yang ditakrifkan sebagai berita palsu.

Mereka menambah undang-undang itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi pandangan yang menentang mereka.

Pada 13 Mei, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan baru akan menentukan dengan jelas mengenai takrifan berita palsu.

Mahathir berkata walaupun kerajaan baru tidak akan menyekat kebebasan akhbar, beliau memberi amaran sebarang usaha menghasut rakyat tidak akan diterima.

"Undang-undang berita palsu akan diberikan definisi yang jelas supaya syarikat akhbar mengetahui berita palsu dan apa yang bukan berita palsu," katanya.

Mahathir tidak menyatakan sama ada beliau merancang untuk memansuhkan atau meminda undang-undang sedia ada berhubung berita palsu, atau mewujudkan yang baru.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Kekuatan politikus terletak pada sokongan. Sokongan yang besar tidak terjejas banyak dengan beberapa pusingan U yang kecil. Ini yang tidak diperasani oleh pendatang baru.


    BalasPadam