Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen DAP Klang Gesa Agensi Agama Berhenti Tangkap Mak Nyah


Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago dikatakan memberi kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.

Menurut Charles, beliau menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.

“Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”

Menurut Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Klang itu, selepas pengharaman gerakan Seksualiti Merdeka pada hujung tahun 2011 seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya. “Pada bulan November 2011, kerajaan menghapuskan Seksualiti Merdeka.

Kementerian Pelajaran pula telah mengedarkan pekeliling di sekolah-sekolah bagi mendidik para pelajar mengenal pasti orientasi gay atau lesbian bagi mengekang apa yang mereka panggil sebagai peningkatan “fenomena tidak sihat di kalangan pelajar”.



PAS sudah tiada lagi di Selangor. Yang ada parti AMANAH yang dikatakan oleh seorang bekas penulis Harakah Ahmad Lutfi parti Islam baru progresif yang kononnya mampu mengambil alih peranan PAS.

Mana suara parti AMANAH dalam mempertahankan JAKIM atau lain-lain agensi agama?

Saya ingin tanya apakah rasa kamu, orang Islam di Selangor yang mengundi bukan Islam dan menolak calon Islam di Selangor? Kamu rasa itu semua tidak akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. nanti atas apa keputusan yang kamu buat?

Semoga Allah mengampukan tindakan yang kita buiat merugikan Islam dan kedudukan Islam di negara kita. Jika Islam rosak dan binasa jangan salahkan orang lain toleh diri kita. Jika orang kapir makin berani jangan salahkan orang kafir.. salah diri kita orang Islam kerana bodoh membuat pertimbangan politik.

SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
 


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

9 ulasan:

  1. Tugas berat nak bawak Islam sekarang... pantang sebut Islam.. sure kena bising. Tak pa.. janji dapat undi

    BalasPadam
  2. haritu kenapa PAS tak nak join pakatan harapan , kalau tak mesti ada suara PAS di selangor

    BalasPadam
  3. makin menjadi-jadi la maknyah pas ni

    BalasPadam
  4. Anon 8.47pg...Sudah..PAS pulak yg nk disalahkan...
    Bukan ke dulu PAS kene halau dr PR sbb nk perkasakan mahkamah syariah...

    BalasPadam
  5. Cerita Melayu macam tu la, salah hang aku. Dekat bangsa sendiri macam singa, depan orang macam tikus. Kena jajah 400 tahun ok saja.

    BalasPadam
  6. Tahniah melayu yang mengundi YB ini, semuga anda mendapat saham sama. Kamu semua sudah lupa fitrah kejadian manusia dan bencana Nabi Lut

    BalasPadam
  7. makin melampai kapir harbi ni..celaka laknat

    BalasPadam
  8. sekarang ni kalau baca malaysia kini, memang seram tengok orang hina islam. pantang sebut pasal islam, mesti cakap memperdagangkan agama. siap ada orang kafir dah berani persenda isu-isu islam ni terang-terangan. yang geramnya, like yang kafir ni post paling tinggi dan yang like tu termasuk orang islam.

    BalasPadam
  9. Jika kita mengetahui mereka yang terjebak dlm isu LGBTQ ini hanya sekadar individu,sama2lah kita bantu mereka keluar dari lembah dosa ini,dakwahlah mereka,tegurlah mereka. Akan tetapi,sekiranya mereka bergerak dlm sesebuah organisasi yg tersusun,maka wajiblah kita menentang mereka.

    BalasPadam