Header Ads

ads header

Flash News

Bantah pelonggaran kemasukan ke UITM untuk bukan bumiputera


Hari ini orang Melayu sudah berpecah belah. Perpecahan itu telah menyebabkan kita diasak bertubi-tubi dari pelbagai sudut sehingga satu persatu hak kita hilang.

Pengajaran hari ini buat orang Melayu :

1. Orang Melayu Islam hari ini sudah hilang taring. Wakil rakyat Melayu terutamanya juga sudah cair identiti dan tidak lagi lantang mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang sudah termaktub didalam perlembangaan. Alasan mudah untuk berlepas diri, semua pekara ini tidak perlu dirisaukan kerana perlembagaan telah melindunginya. Siapa yang risau terlebih, akan dilabel sebagai golongan "paranoid.

2. Orang Cina cukup lantang mempertahankan hak mereka. Contoh isu bahasa dan isu sekolah. Walaupun bercanggah dengan semangat kebangsaan dan perpaduan, demi survival bangsa mereka, mereka tetap perjuangkan selama berpuluh tahun sehingga hari ini mereka berjaya mendesak kerajaan dan pembangkang untuk mengiktiraf UEC.

3. Hari ini, orang Hindraf pula mengambil kesempatan diatas perpecahan orang Melayu untuk mengaut hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Diminta pula tanah Felda untuk diberikan kepada mereka dan UiTM dibuka kepada semua kaum.

4. Jurang ekonomi antara orang Melayu & Bumiputra berbanding kaum-kaum lain amatlah luas dan tidak seimbang. Sebab itu, orang Melayu kena bangun pertahankan hak mereka yang sudah termaktub di dalam perlembagaan. Itupun. ada lagi wakil rakyat Melayu membisu ketika orang lain sengaja mencabar perlembangaan.

5. Sejarah Kontrak Sosial sedang digelapkan. Ramai generasi baru sudah tidak faham apakah itu perjanjian kontrak sosial yang pernah dipersejui bersama untuk mengjaga keharmonian antara kaum. Salah satu pekara yang telah dipersetujui adalah hak-hak istimewa orang Melayu. Tetapi hari ini, ramai yang sedang mempertikai hak istimewa ini. Masih ada lagi ke wakil rakyat yang berani menyebut tentang konrak sosial ini ?

6. "Malaysian Malaysia" itu adalah jarum halus untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Bunyinya sedap didengar, tetapi ia adalah satu pengkhianatan kepada kontrak sosial. Lim Guan Eng dan ramai lagi wakil rakyat sedang giat berkempen untuk menyuburkan sentimen hak sama rata ini.

Banyak lagi hakikat yang orang Melayu belum sedar. Cukuplah enam pengajaran ini dulu untuk membuka mata kita. Kita tidak menjadi rasis kerana kita sedang mempertahankan hak kita yang sedang dirobek oleh orang lain.

Jika anda adalah orang Melayu Islam yang insaf dan mahu berjuangan mengangkat kembali martabat Melayu, bantu kami untuk isi petition ini  : https://chn.ge/2xiR7eV (Sudah lebih 81,974 orang mengisinya)


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

10 ulasan:

  1. Terima kasih...saya dh sign petition

    BalasPadam
  2. Sebilangan orang Melayu yang tidak sedar diri telah mengundi parti yang memperomosi Malaysian Malaysia seolah-olah mereka tidak memahami maksud Malaysian Malaysia dan implikasinya ke atas agama Islam dan kaum Melayu Islam.

    Malaysian Malaysia menjanjikan penghapusan hak keistimewaan kaum Melayu Islam dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini.

    Ini juga bererti penghapusan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Inilah masalah sebilangan orang Melayu yang jahil tentang politik dan suka beri betis kepada kaum lain dan akhirnya kaum lain minta pula paha Melayu! Selepas itu apa?

    Sikap naif kaum Melayu boleh menyebabkan orang Melayu menjadi lebai malang yang menang sorak kampung tergadai.

    Dahlah ekonomi terlepas ke tangan kaum lain, politik pun hampeh !!!

    BalasPadam
  3. Sy pon xsetuju...dengan permintaan ni..tp apakan daya..kebanyakan org melayu xbrapa cerdik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xcerdik sebb pilih PH dr PAS.

      Niat hati nak hancurkan umno bn..tp....aduiiii...pelik..pening betol..umno bn dah gugur..tp naik lg umno bn baru..

      Padam
  4. Yg perasan cerdik pun ada.Tapi tak sedar islam dan melayu dijarakkan sedikit demi sedikit. Yg depa tahu perlembagaan menjamin melayu dan islam.Padahal yg reality nya nak beramal dgn quraan pun nak kena minta undi di parlimen.

    BalasPadam
  5. Yg perasan cerdik pun ada.Tapi tak sedar islam dan melayu dijarakkan sedikit demi sedikit. Yg depa tahu perlembagaan menjamin melayu dan islam.Padahal yg reality nya nak beramal dgn quraan pun nak kena minta undi di parlimen.

    BalasPadam
  6. Yg perasan cerdik pun ada.Tapi tak sedar islam dan melayu dijarakkan sedikit demi sedikit. Yg depa tahu perlembagaan menjamin melayu dan islam.Padahal yg reality nya nak beramal dgn quraan pun nak kena minta undi di parlimen.

    BalasPadam
  7. Yg perasan cerdik pun ada.Tapi tak sedar islam dan melayu dijarakkan sedikit demi sedikit. Yg depa tahu perlembagaan menjamin melayu dan islam.Padahal yg reality nya nak beramal dgn quraan pun nak kena minta undi di parlimen.

    BalasPadam
  8. ini adalah kehendak/pendokong pengundi 5 juta.kononnya menyelamat malaysia ttp silap memilih sehingga mengundang kemudharatan yg lebih besar islam dan hak istimewa bumiputra.menang sorak maruah tergadai

    BalasPadam
  9. Semua hak melayu akan diserang bertalu talu sikit lagi MARA pula maka seluruh melayu yang konon nak jadi bangsa malaysia terpaksa buat petition untuk pertahankan hak.Tanah Melayu jangan berani disebut lagi tenggelam dibawah kelicikan dap kafir.

    BalasPadam