Header Ads

ads header

Flash News

Mencetus polemik hadis dan mengkritik agenda gerakan Islam


Rand Corporation selaku antara badan pemikir Amerika melalui kertas perancangan mereka yang bertajuk 'Civil Democratic Islam', telah menggariskan beberapa langkah untuk mensabotaj kebangkitan Islam. Lantas digantikan dengan pembawakan Islam yang direstui oleh Barat dengan cara yang cukup halus.

Antaranya dengan mewujudkan polemik hadith yang tidak berkesudahan antara golongan-golongan agamawan. Pertempuran tersebut bakal mengheret masyarakat awam agar turut hanyut. Lalu membuka ruang kepada pembenihan kekeliruan dan pertikaian terhadap kefahaman-kefahaman agama. Ia sebagai kesan langsung dari semangat menilai semula kefahaman agama yang telah sedia diterapkan dalam sesebuah masyarakat muslim, agar digantikan dengan sisi pandang baharu yang lebih sesuai dengan kehendak Barat.

Strategi ini amat sesuai diaplikasikan ke atas masyarakat muslim yang sedang rancak mendukung agenda Islam. Ia kelihatan amat Islami dan menarik.

Maka tidak hairanlah jika kita dapati, golongan yang mencetuskan perbalahan berkenaan hadith, tiba-tiba turut skeptikal terhadap kumpulan Islam. Prejudis mereka terhadap kumpulan Islam teramat tidak dapat diselindungkan. Kontradik bukan?

Persoalannya, siapakah di belakang mereka?

Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menulis di dalam bukunya yang bertajuk 'Baina al-Islam al-Rabbani Wa al-Islam al-Amrikani, telah mendedahkan beberapa ciri agamawan yang direstui oleh Barat. Antaranya adalah:

"Antara ciri pendakwah yang digemari oleh Barat adalah, pendakwah yang mengerahkan staminanya untuk bersungguh melawan gerakan Islam. Hanya suka mengkritik tokoh serta asyik menyalahkan agenda gerakan Islam. Pada waktu yang sama dia diam seribu bahasa terhadap musuh Islam yang sentiasa merancang kerosakan ke atas Islam"

Diulangi, sebenarnya siapakah di belakang mereka?"

Abdul Mu'izz Muhammad
29 Mei 2018.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

4 ulasan:

  1. Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menulis di dalam bukunya yang bertajuk 'Baina al-Islam al-Rabbani Wa al-Islam al-Amrikani, telah mendedahkan beberapa ciri agamawan yang direstui oleh Barat:

    "Antara ciri pendakwah yang digemari oleh Barat adalah, pendakwah yang mengerahkan staminanya untuk bersungguh melawan gerakan Islam. Hanya suka mengkritik tokoh serta asyik menyalahkan agenda gerakan Islam. Pada waktu yang sama dia diam seribu bahasa terhadap musuh Islam yang sentiasa merancang kerosakan ke atas Islam"

    Orang-orang yang layak digemari oleh Barat kerana selalu menyerang, menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah parti Islam dan perjuangan Islam ialah:

    (1) mofti Islam liberal syok sendiri,

    (2) ostad yang melantik diri sendiri sebagai 'pakar' hadis syok sendiri (konon),

    (3) bekas pensyarah Islam liberal yang pernah hina nabi.

    Mungkin mereka akan dicalonkan untuk menerima hadiah Nobel dari Barat kerana kehebatan mereka menyerang parti Islam dan perjuangan Islam.

    BalasPadam
  2. Geng2 dia ja yg betuiiii

    BalasPadam
  3. Masalah mereka2 yang sebegini ialah berpunca drpd satu 'EGO'. Drpd mana dia datang? Drpd title doctor phd. Dari situlah wujudnya perkataan dia shj betul dan ulama aliran traditional itu serba salah dan serba tak kena. Sbb ujub diri yang menebal rasa lebih hebat...

    Surely dia akan pertikai bila kita cakap macam tu sbb ianya unconscious. Tapi dimata orang awam yang melihat, memang itulah hakikatnya...bagi mereka yang jahil dan pentaksub duniawi (istilahnya konon moden) yang berat memanglah senang untuk diperdaya dan ditipu mata hatinya..

    BalasPadam
  4. Cuba tengok professor Afifi tu lagi hebat ilmunya. Tapi sangat menghormati ulama2 aliran traditional. Sebab aliran awalnya daripada pondok. Ramai je ulama yang bergelar doctor namun terap amat tawadduk. Tapi kebanyakannya berasal drpd aliran pondok. Sebab itu sahsiah mereka berbeza...tak macam mereka2 yang dalam gambar article ni... manipulator

    BalasPadam