Header Ads

ads header

Flash News

Kini Mahathir pula telah menarik Pegawai Keselamatan Mantan PM


Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).
Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.





Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini - termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.

Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya.

Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.

DS Najib Razak
 Mantan Perdana Menteri Malaysia


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

4 ulasan:

  1. Bila sesuatu perkara tidak di SOP kan dalam buku, ia akan di SOP kan ikut kemahuan dan kepentingan yang berbeza.

    Bila sesuatu pemberian tidak bersandarkan kepada keperluan, apa yang diberi akan di tentukan oleh ihsan saja.

    BalasPadam
  2. Semasa berkuasa dahulu, ramailah pengampu di sekeliling pinggang PM seperti jerung menunggu mangsa.

    Apabila PM hilang kuasa, kaki pengampu menghilangkan diri melompat ke pihak lawan untuk mengampu PM baru.

    Sebenarnya pengampu-pengampu inilah yang melingkupkan negara !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Politik PH seperti membalas demdam..

      Sy harap DSN sedar jgk insaf diatas segala kesilapannya..

      Padam