Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya PH Yang Bergabung Dengan BN/UMNO


Belumpun sampai seminggu berlalu PRU 14, hampir menjadi kenyataan yang akan bergabung membentuk kerajaan campuran ialah PH dan BN/UMNO, bukannya PAS. Di negeri-negeri yang sukar membentuk kerajaan seperti Perak, Kedah dan Sabah, akhirnya ADUN-ADUN BN/UMNO bergabung dengan PH membentuk kerajaan.

Lebih menarik lagi di negeri Sarawak, kerajaan negeri di bawah BN yang telah terbentuk dua tahun yang lalu sedang diusahakan untuk bergabung dengan PH. Tokoh yang bertindak menggabungkan BN Sarawak dengan PH ialah Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, seorang diserang bertalu-talu oleh Sarawak Report sebelum ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat telah memulakan langkah agresif untuk menarik seramai mungkin MP dan ADUN BN/UMNO untuk menyertai PH atas asas untuk memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN. Usaha ini akan menjadikan Dr Mahathir bersama kumpulan bekas BN/UMNO ini menguasai PH sekaligus menguasai kerajaan.

Beberapa pihak sebelum ini telah meramalkan situasi ini akan berlalu iaitu BN/UMNO lah yang akan bergabung dengan Dr Mahathir dan pasukannya sama ada di dalam BN atau PH. Ramalan itu adalah berasaskan Dr Mahathir adalah 'mempunyai DNA' UMNO, di samping Dr Mahathir sudah tiga kali kembali kepada UMNO.

Kini ramalan mereka hampir menjadi kenyataan apabila semakin ramai MP dan ADUN BN/UMNO menyeberang menyertai Dr Mahathir. Fitnah yang menuduh PAS akan bergabung dengan BN/UMNO tidak menjadi kenyataan, sebaliknya yang berlaku pemfitnah itu yang akhirnya bersekutu dengan BN/UMNO untuk berkongsi 'habuan' masing-masing.

Penggabungan PH dan BN/UMNO ini akan memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk membina semula 'empayar' beliau setelah terganggu semasa era reformasi. Yang terus konsisten berhadapan dengan Dr Mahathir serta BN/UMNO ialah PAS. Manakala bekas-bekas pimpinan PAS yang bersama PAN sekarang melutut kepada BN/UMNO.


Dr Raden Niyat

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. melutut no hal broo janji perut penoh..menteri tuu.. kecik anak kaa..

    BalasPadam