Header Ads

ads header

Flash News

Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat


Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.

Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong PAS dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.

Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.

Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.

Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhhhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.

Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tau menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.

Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walau pun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.

Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.

Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.

Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.

Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar PAS kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqomah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.

* Aku sebenarnya terpengaruh dengan fitnah PAS nak UG dengan UMNO semenjak 2008 lagi bila wujud pergolakan perebutan dalam PAS dimana puak/geng IRC cuba menguasai PAS melawan kumpulan ulama. Aku juga terbabit sebar maklumat fitnah ini kerana percaya ada UG PAS-UMNO. Tapi sehingga hari ini aku sendiri tak boleh bukti wujud UG UMNO-PAS. Dan sekarang UMNO hampir pupus adakah UMNO-PAS memang berUG? Aku terbodoh dengan mainan politik ini. Tapi nak buat macam mana dah terlambat.

Dipendekkan tulisan…

Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan diRaja.

Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhhhh? Perjuangan rakyat?

Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”

Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?

Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang???

Berpada-pada la Datuk Seri Anwar.

Jangan diulang kesilapan lalu.

Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.

Jangan lajak sangat.

Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna aqal bukan otak…

Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!

Aku

Zulhazmi Shariff
17052018
Bandar Tasik Selatan.


* Editor tambah

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

20 ulasan:

  1. padan muka hang percaya sangat fitnah kat PAS sekarang PH samseng baru

    BalasPadam
  2. satu yang baru ialah ucapan defakto tidak seperti dulu.

    anak muda seperti Rafizi lebih berisi dan menarik

    padang 3/4 berisi, petanda audien dah jemoih dan mahukan muka baru.

    BalasPadam
  3. Belum terlambat... kembalilah berjuang bersama PAS

    BalasPadam
  4. fastaqim,selagi dasarnya ke islam aku sokong. biarpun nk berUG ngan zionis yg nk ke islam

    BalasPadam
  5. Belum lg tuan terlambat..kembalilah berjuang bersama Ulamak. Jangan malu dan segan, Istiqamah bersama ISLAM

    BalasPadam
  6. Kembalilah kepada PAS...

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. kau bersama mengadai agama tak sedar lagi?

      Padam
  8. Aku rasa Bodoh Pulak baca. Mentang2 zaman skrg Hebat buat Status kat mana2 media sosial.. So sesuka Hati saja buat STORY yang buat ramai Orang akan Timbulkan perasaan Ragu.

    Kalau kau dah Hebat sangat dalam Politik. Kenapa tak Jadi Pm ke 7?
    Perjuangan Pemimpin Pakatan Harapan menyampaikan dengan simbolik maksudnya pun ko tak tahu nak bezakan.. Ilmu pelajaran Phd mana punya Universiti kau belajar ya? Marikh ke Zuhal?..

    Gunalah Akal. Perang saikologi pun ada jugak Maksud tersirat. Ini kan Pulak Politik..

    Bodoh sangat dah ni rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu perdana menteri? kalau bukan..kamu tentu tahu tahap cerdik kamu kan?

      Padam
  9. Tahniah..
    Saya adalah salah sorang yg paling membenci sedara bersama mereka yg keluar PAS (PAN). Kalau betullah sedara dah dapat berfikir waras, Alhamdulillah semoga diberkati ALLAH dan Istiqamah dlm perjuangan Islam.

    BalasPadam
  10. kembali ke PAS...peristiwa lalu jangan dikenang...hang tak bunuh orang pun..jom

    BalasPadam
  11. Kalau Tun M pernah keluar UMNO kemudian masuk balik, DS Dr Rais Yatim pernah bakar jambatan kemudian masuk balik ke pangkuan UMNO.. bukan masaalah sampai besar pun kalau kamu kembali kepada PAS.

    BalasPadam
  12. Apa pun urusan dunia, tidak akan dapat diselesaikan jika tak guna Al-quran. Dunia ni Allah punya. Kita ni cuma manusia hina. Lagi hina kalau terus bersama golongan yg hina pengamal agama.

    BalasPadam
  13. Jika berjuang kerana menentang Najib dan BN...UMNO serta BN sudah jatuh...Sekiranya PKR berjuang kerana DSAI... dia telah bebas. PAS tetap terus berjuang demi agama yang tiada titik noktah kerana tanda tanda BN 2.0 telahpun wujud

    BalasPadam
  14. Orang Pas dah lama tau hang ni bodoh piang. Sekarang baru terbukti...mengaku sendiri...

    BalasPadam
  15. Bulan posa.. Kome X abih² Kata kt org... Bwk² berehat bulan ni yer.. Kalau nak tobat.. Kembali kpd Al-Quran Dan Assunnah. Kompom X salah.. Haha

    BalasPadam
  16. Kembalilah kepada PAS.. Perjuangan kekal sama..

    BalasPadam
  17. pintu taubat sentiasa terbuka ...tebuslah kesilapan dgn melipat ganda perjuangan menegakkan islam dibumi ini

    BalasPadam