Header Ads

ads header

Flash News

PAS masih kuat dan utuh jika diteliti secara ‘detail’


Beberapa hari lalu saya ada bersembang dengan penulis politik berbual mengenai kedudukan HARAPAN dan PAS dan kami hampir mengabaikan peranan UMNO untuk PRU-15 nanti.

Saya hairan ramai orang membuat anggapan bahawa PAS Kedah tidak sekuat PAS Kelantan dan Terengganu kerana PAS tidak berjaya di Kedah termasuk penulis politik berkenaan. Ini mungkin mereka membuat anggapan berdasarkan MB sekarang adalah daripada HARAPAN dengan kedudukan kerusi HARAPAN 18, PAS 15 dan BN 3. Mereka lupa pecahan parti.


Jika dipecahkan mengikut parti sebenar, kedudukan kerusi Dun akan kelihatan seperti di atas. PAS jauh meninggalkan parti-parti lain.

Ada beberapa perkara yang perlu kita berfikir berdasarkan kedudukan di atas:

1. Adakah kedudukan PPBM sebagai MB Kedah dengan bantuan bapanya PM di Pusat boleh mengembangkan kedudukan parti PPBM sebelum PRU-15? Kita tahu ahli PPBM adalah ahli UMNO sebelum ini bersifat kebendaan dan berebut kuasa. Relakan mereka menerima bekas UMNO untuk bersama? Sejauh mana mereka yang lompat parti boleh menguatkan PPBM, persoalaan itu semua menjadi suatu sekatan kepada PPBM. PPBM sukar berkembang kerana sebelum ini adalah sangat bergantung untuk menjatuhkan Najib.

2. AMANAH dengan 4 kerusi dan akan dapat exco adakah mampu mempengaruhi ahli-ahli PAS untuk meningkatkan sokongan? Perang PAS-PAN di Kedah adalah berasaskan isu UG nak bersama UMNO dan isu kedudukan Islam dalam PR sebelum ini. UG UMNO-PAS sudah mencapai garis penamat. Isu kedudukan Islam bergatung kepada HARAPAN di Pusat. Jika Islam tidak didaulatkan tidak musytahil AMANAH bukan berkembang tetapi makin malap walaupun ditapuk kekuasaan sebagaimana runtuhnya UMNO.

3. UMNO. Ahli UMNO macam ayam yang kehilangan ibu. Jika PAS berkerja baik PAS boleh dapat ahli UMNO yang baik. (Ahli UMNO yang selalu di masjid/surau). Ahli UMNO yang tolak Islam mungkin bersama kekal dengan UMNO atau lompat ke PPBM.

4. PKR adalah 'spoiler' untuk AMANAH dan PPBM kerana perebutan sokongan daripada ahli UMNO yang mana akan berlaku pertembungan PKR dengan AMANAH dan PPBM. Sangat kecil untuk mengatakan PKR akan menarik undi pengundi PAS.

Secara amnya saya simpulkan PAS Kedah sangat berpontensi untuk mendapat kerajaan sendiri pada PRU-14 nanti.





......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. kalau nepotism di peringkat ekonomi di kritik, di peringkat kuasa (anak di kedah, bapa di pusat) lagilah.

    justeru, bila nepotism naik lemak, penolakkan akan berlaku, kempen jadi mudah.

    BalasPadam
  2. perjuangan utk mendaulat kan islam tak akan ada istilah kalah.kerana islam tetap menang di dunia mau pun di akhirat

    BalasPadam
  3. Dari segi moralnya PAS sudah berjaya mengusai sebahgian besar kerusi Kedah.

    BalasPadam
  4. pas perlu aktif mulai sekarang utk mendapat sokongan dari ahli umno isu dap dan islam buleh di manfaatkan sebaik2nya..

    BalasPadam