Header Ads

ads header

Flash News

Dakwat Kekal Pilihanraya, Hitam


Lagi Di Basuh Jari, Lagi Bertambah Hitam! Dasyatkan. Ni Sebabnya.

Tahukah anda, jari yang bercelup dengan ink ni tak akan dapat dicuci dengan air, makeup remover, cuka, dan juga sabun!


Biasanya dakwat yang digunakan ketika pilihanraya menggunakan dakwat kekal atau dipanggil sebagai ‘indelible ink’. Dakwat kekal ni istimewanya sebab ada ‘silver nitrate’.
.
Silver nitrate ni dalam bentuk larutan yang memberikan kesan pada kulit bertukar jadi warna biru atau ungu gelap (lebih kepada hitam).



Silver nitrat kegunaan dua kategori iaitu perubatan dan aplikasi. Rumus molekul dari AgNO3. Dalam perubatan digunakan untuk penyembuhan luka (orang kampung panggil ubat biru) dan membuang sel mati, manakala dalam aplikai fotograsi, dakwat dsbnya, 
.
Jadinya bila ada silver nitrate ni, memang tak akan pudar sedikit pon sehinggalah 2 atau 3 hari barulah hilang. Sebab warna ink tersebut bukan hanya di permukaan jari sahaja, ia juga dah terperangkap dalam sel kulit kita!
.
Namun, jangan risau, walaupun dah terperangkap dalam sel kulit kan, ianya tak akan di bawa ke dalam sistem tubuh yang lain. Jadi InshaaAllah tak ada kesan yang bahaya pon. Sekarang dah lebih fahamkan?
.
Nota tambahan: Walaupun jari ni dah hitam, JAKIM dah confirm kan sah untuk di bawa solat. Jangan rasa ragu-ragu pula ya.
.
Semoga dengan sedikit info di atas anda dapat sesuatu yang bermanfaat. Silakan #share dengan bahagia dan selamat mengundi kepada yang belum mengundi!

Jannatul Fadilah








......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Bagi yg menulis kidal, hujung jari telunjuk kanan jadi hitam.
    Masa tahyat, hati nak tergelak pulak. Taklah sampai batal solat.

    BalasPadam