Header Ads

ads header

Flash News

Mari kita lihat sikap PAS dalam isu 1MDB? Siapa yang mendahului


Banyak kali PAS berpendirian RCI merupakan penyelesaiann besar dalam masalah 1MDB. "Bukan kita nak mempertahankan perdana menteri, tapi itulah pandangan kita penyelesaian paling besar adalah dengan RCI.


"Tengok pada kes Forex Exchange apabila ada Suruhanjaya Siasatan Diraja baru keluar satu-satu.  Dulu tak ada apa-apa sebab siapa berani interrogate perdana menteri?

Zahari Sulaiman berkata "PAS MENDAHULUI SEMUA ASPEK...
BERMAKNA PANDANGAN DAN SARANAN PAS ADA KEBENARANNYA...CUBA TENGOK BALIK ..ISU 1MDB..."


Pada 26 Mac 2018,
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bahawa PAS berpendirian RCI merupakan penyelesaian besar dalam masalah 1MDB. Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/417183

Pada 8 Februari 2018,
Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sentiasa konsisten untuk mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat 1MDB. Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=hQ4YLu6JBog

Pada 29 Jun 2017,
Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan 1MDB. Rujuk : https://www.bnbbc.my/pas-mahu-rci-ditubuhkan-siasat-isu.../

Pada 12 Oktober 2015,
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui kenyataan bersama dengan PERKASA menyatakan bahawa, “Pas dan Perkasa memohon ampun perkenan Majlis Raja-raja agar mengarah kerajaan menubuhkan (Suruhanjaya di Raja (RCI) mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion…” Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/.../isu-1mdb-pas-perkasa...

HARI INI, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa pertuduhan perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum RCI ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan 1MDB. Rujuk : https://www.nst.com.my/.../govt-must-formulate-concrete...

BERMAKNA apa yang disebut-sebut oleh PAS sebelum ini , itulah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PAKATAN HARAPAN hari ini. Jadi, di mana suara yang berkata bahawa PAS tidak tegas dalam isu 1MDB?

Apakah dengan fitnah PAS, maka mereka fikir mereka boleh musnah sokongan kepada PAS dan menjadi juara rakyat. Rakyat Malaysia sudah cerdik dan mereka boleh berfikir rasional dan mencari maklumat yang benar.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Sebelum ini ada 6 ketua cef. C1 hingga C6

    Selama 1/2 abad yg lalu ada beratus2 skandal, penyelewengan dan korupsi.

    Majoritinya belum dibongkar sepenuhnya terutama era C4

    Sesudah C6 selesai, elok juga dilajakkan ke belakang, bro.

    BalasPadam
  2. Nak lajak kebelakang tu kerajaan pusat kene ade keberanian...
    Dan bg aku utk mnghukum C4 klau betul dia bersalah mcm xptut sbb usia n jasa dia..
    Yg pnting keadilan utk dia membela diri jika tuduhan2 tu fitnah semata mata..
    Rakyat nk tau kebenaran atas segala isu salah laku yg pernah dilemparkan..

    BalasPadam