Header Ads

ads header

Flash News

Di negeri sendiri ditolak, di negeri lain pun orang tak mahu


Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kedua Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini tidak dibenarkan oleh emaknya untuk mengambil tempat kuliah ayah di Kelantan. Dia terbuang. Orang Kelantan tak mahu campur tangan dan anggap itu urusan peribadi keluarga mereka.

Memang menjadi luka yang sangat mendalam bagi penduduk Kelantan terutamanya yang sayang kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas perbuatan anaknya itu mengkhianati pejuangan ayahnya sekian lama menegakkan Islam di Kelantan. Apatkah lagi Nik Omar bersama Harapan (AMANAH/IKRAM) cuba meruntuhkan kerajaan PAS Kelantan suatu perbuatan yang tak boleh diterima oleh masyarakat cintakan Islam.

Nik Omar dibawa oleh AMANAH dan dijadualkan memberi kuliah sempena Ramadan di dua lokasi di Johor hari ini, iaitu di Masjid Jamek Bandar Baru UDA di Johor Bahru selepas solat Zohor, dan tazkirah di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar selepas solat Terawih.

Tapi malangnya di Johor pun Nik Omar tidak dikehendaki.

Difahamkan exco agama menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Mufti Negeri Johor, hari ini tidak membenarkan dia memberi kuliah di negeri Johor.

Susulan itu, sesi kuliah diganti dengan ucapan oleh Exco Agama Johor, Aminulhuda Hassan, manakala Nik Omar hanya diberikan ruang untuk mengetuai bacaan doa.

Surat berkenaan jelas memberikan peringatan iaitu dipohonkan kemaafan kerana jabatan ini tidak dapat menyokong dan meluluskan permohonan kebenaran berceramah di Masjid Sungai Abong, Muar oleh Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Nampaknya parti AMANAH kena cari bangunan persendirian bagi memenuhi hanjatnya nak pergunakan Nik Omar.





......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan: