Header Ads

ads header

Flash News

Bagaimana nak bawa Islam kalau bersalam pun tak boleh pertahan


Sebelum ini ramai orang puji Dr Dzulkefly Ahmad, tidak bersalaman dengan kakitangan wanita di Kementerian Kesihatan di hari pertama bertugas masuk pejabat sebagai seorang menteri. Saya cukup bangga walaupun saya tidak bersama dengan parti Amanah. Sama juga saya bangga dengan Dr Mazslee ahli majlis syura Ikram yang dipilih menjadi menteri bagi saya lebih baik daripada parti Bersatu yang tak ada hala tuju.

Ada orang beranggapan tidak bersalam ini isu kecil dan mungkin akan menjadi polemik kena tak boleh bersalam sedangkan ada ulama moden bersalam? Tapi rasa mereka bersama perjuangan Islam sudah pastu memahaminya.

Hari ini saya terima gambar ini.


Sedih dan sayang melihat kepada Abang Mat. Terharu sekali. Selepas perjalanan begitu panjang kini menempuh babak baru yang mencabar. Moga Allah memudahkannya. Dia melalui banyak perjalanan yang sukar yang berjaya direpuhnya.


Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Begitu juga dengan para pendakwah dan pejuang Islam.

Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah, Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “.Surah al-Buruj : 8

Banyak manusia boleh lepas dengan ujian kesusuhan tetapi gagal dengan ujian kesenangan dan kedunian.



Mat Sabu zaman dahulu ada berkata, jika perjuangan PAS mengikut kehendak manusia sudah lama PAS memerintah negara.


Masih ada harapan kah undang-undang Mahkamah Syariah dapat diperkasakan oleh kerajaan PAKATAN HARAPAN. Bolehkah denda RM3000 dinaikan?

Kini menjadi makin kabur, kalau nak pertahan bersalam pun tak mampu, apatah lagi ingin pertahankan Islam.

Slogan kita menang dulu, kita jatuhkan Najib dahulu, baru kita buat Islam hanya mainan dan cakap-cakap politik berselindung disebalik hawa nafsu yang kadang kala ramai manusia tertipu dan diperbodohkan.

Nanti ada orang akan berhujah Yusof Qardawi pun bersalam dengan wanita bukan mahram. Saya akan menjawab saya pun nak salam dengan isteri dan anak perempuan orang yang berkata demikian. Nak juga rasa lembut tangan isteri mereka ini...




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

10 ulasan:

  1. Semua ini adalah ujian. Ujian yang akan menentukan sama ada PH lulus sebagai Pakatan Harapan atau lebih kepada Pakatan Hipokrasi.

    BalasPadam
  2. Baru sedikit dapat imbuhan dunia sudah lupa halal haram, inilah akibat dapat kemenangan yang tidak diredhai atas fitnah keatas pimpinan pas

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya hati manusia ini selalu berbolak balik.

    Jika dulu seorang lebai malang berceramah berapi-api di atas pentas konon membela agama Islam tetapi akhirnya dia meninggalkan parti Islam dan perjuangan Islam kerana dia gagal mendapat jawatan penting dalam parti Islam. Maka terbongkarlah niat hatinya yang sebenar.

    Kepada pemimpin kafir harbi dia bernaung dan dibayar gaji lumayan untuk menjadi khadam untuk mengkhadamkan puak-puak jahil di dalam parti kuali cap buaya untuk menentang parti Islam dan perjuangan Islam.

    Terasa seronok berselfie dada dengan amoi dan bersalam mesra dengan wanita. Wah seronoknya nikmat dunia yang sementara ini.

    Perjuangan Islam dibuang, perjuangan sekular liberal dan falsampah 'matlamat menghalalkan cara' dijunjung walaupun bertentangan dengan ajaran Islam ! Hati manusia memang berbolak balik !

    Allah telah berfirman (yang bermaksud):

    "Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (Al-An'aam 6:110)

    Alhamdulillah pengkhianat-pengkhianat telah keluar dari parti Islam maka parti Islam menjadi lebih stabil, kukuh dan kuat untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam.

    Prestasi parti Islam bertambah baik berbanding dahulu semasa pengkhianat berada dalam parti Islam.

    BalasPadam
  4. apa kebenda admin bangang ni meroyan... yang kau gian nak salam dgn isteri dan anak dara orang sebab nak rasa lembut tangan tu sbb dalam minda kau dikuasai nafsu syaiton.... bertaubatlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh kenen sikit... haru..

      Padam
    2. Albahri tidak faham bahasa sindiran untuk orang lelaki yang suka bersalam dengan wanita.

      Bukankah sentuhan lelaki dan perempuan awam boleh menimbulkan nafsu syahwat?

      Elakkan sentuhan bukan mahram untuk mencegah hawa nafsu serakah dan fitnah.

      Padam
  5. Insyaallah Suatu hari orang akan masuk pas berbondong2. Tak perlu berkempen lagi..

    BalasPadam
  6. Presiden parti rahmatain alamin tu.tolong hormat cikit.profesional brooo

    BalasPadam
  7. Rahmatan Alamin membawa maksud mengikut acuan Allah dan petunjuk Rasulullah SAW bukannya menurut telunjuk DAP,puak liberal. Tidak menurut petunjuk Islam bukan mendapat rahmat namanya tapi menempah bala,sesat serta mengundang murka Allah...mengarut betul fikrah puak puak kuali ini. Tunggu komen MAZA...itu hanya dosa peribadi bukan dosa awam hahaha

    BalasPadam