Header Ads

ads header

Flash News

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam



Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama... lebih dari lima minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing-masing terpaku melihat Donald Trump terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak-gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir tujuh minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan di kelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata. Kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat airmatanya gugur.

Trump bertanya… sempat tak jumpa Kim Jong Un sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa New Yorknya semakin pekat.

John Bolton: Sempat untuk Kim sempat.

Trump: Untuk produk China dah kira kalu (kalau) nak bagi 20% tarif import?

John Bolton: Dalam proses Tuan.

Trump: Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat jumpa Kim dan tarif China tu.

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Trump mencarik tisu di atas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Trump menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangannya kena perbaiki kerosakan yang dibuat oleh Obama, sebelah tangannya lagi perlu mengatur langkah untuk menghadapi Xi Jinping, Putin, Kim Jong Un dan Ayatollah.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi POTUS, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan "Make America Great Again".

Ada satu lagi versi..


Tapi versi ini kami tak sempat nak papar di sini...


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Seseorang akan kagum pada seseorang yang lain kerana orang yang dikagumi memiliki sesuatu yang pengkagum tadi tidak memilikinya.

    Contohnya kalau seorang itu tidak mampu menangis di depan khalayak meskipun dicuba banyak kali maka dia akan berasa kagum kalau ada rakannya mampu menangis di depan khalayak.

    Dalam konteks artikel, adalah sukar untuk individu seperti Trump mengkagumi orang lain apatah lagi lain2 pemimpin.

    Makanya apabila seorang pemimpin dapat mengkagumkan Trump, kekaguman itu satu yang sukar didapatkan pada lain2 pemimpin.

    Atas meja Trump ada gambar seorang pemimpin dunia ketiga yang beliau kagumi. Apakah yang ada pada pemimpin ini yang mengagumkan Trump?

    Satu yang jelas ialah potret pemimpin di atas meja Trump tidak ada rekod yang dia pernah menangis di depan khalayak walhal kebanyakan yang lain akan menangis teresak dalam keadaan2 tertentu.

    Waa waa waa!

    BalasPadam