Header Ads

ads header

Flash News

JAKIM Perlu Dipertahan Tanda Menghormati Perlembagaan


1. Muslimat PAS membantah sekerasnya terhadap mana-mana gerakan atau individu yang mendesak kerajaan untuk melupuskan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Kerajaan baru di bawah kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad mesti menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini kerana dalam perlembagaan Perkara 3 (1) telah tertulis Islam adalah Agama Persekutuan;

“Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

3. Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa penubuhan JAKIM yang dinaiktaraf daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) pada awalnya sebagai satu implementasi butiran dalam Perkara 3 (1) sejak dari tahun 1997 hingga kini.

4. JAKIM merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang melaksanaka tiga fungsi utama iaitu;

i. Penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak
ii. Penyelarasan Pentadbiran Islam
iii. Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

5. Justeru kami Muslimat PAS bertanggungjawab untuk menyeru dan mengajak semua pihak terutama Muslim seluruh Malaysia agar mengambil berat tentang gerakan yang tidak wajar ini.

6. Kepada rakan-rakan bukan Islam, anda tidak perlu risau dan khuatir untuk mengamalkan agama masing-masing sebagaimana telah termaktub dalam Perkara 3 (1) di atas dan institusi JAKIM sendiri hanya khusus untuk agama Islam, tidak mengganggu perihal agama lain.

7. Di kesempatan ini, Muslimat PAS sangat berharap agar kerajaan baru Pakatan Harapan dapat memelihara kesucian agama Islam terutama dari sudut pelaksanaannya.

Salamiah Mohd Nor
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

12 ulasan:

  1. Harmoni antara dua pihak (pihak A dan B) bermakna pihak A akan menghormati kemahuan pihak B meskipun kemahuan pihak B tidak selari dengan kemahuan pihak A.

    Begitu juga pihak B harus menghormati kemahuan pihak A meskipun kemahuan pihak A tidak selari dengan kemahuan pihak B.

    Contohnya kalau pihak A mahukan institusi agama di kekalkan dan meskipun pihak B tidak perlukanya maka demi keharmonian, pihak B harus berkompromi.

    Begitu juga kalau pihak B mahukan sekolah mubaligh di kekalkan tetapi pihak A mahukan ianya di tutup namun demi keharmonian pihak A harus berkompromi.

    BalasPadam
  2. Sudah jadi kelaziman pihak yang menang (PH) akan turuti permintaan yang dibuat oleh pihak yang memberikan kemenangan kepadanya iaitu pihak pro establishment atau singkatannya PE

    Itu tak jadi hal buat PH kalau permintaan PE tadi tidak bertentangan dengan permintaan dari pihak PG. Berilah.

    Tapi kalau permintaan PE bertentangan dengan permintaan PG, tentunya keputusan akhir adalah milik PH namun PH harus berlaku adil.

    Adil dalam ertikata, keputusan akhir tadi harus tidak berlandaskan sentimen politik 100 % sebaliknya 100% berlandaskan prinsip dan amalan demokrasi sejagat.

    *Salah satu prinsip sejagat ialah bila permintaan PE dan PG adalah sama tinggi, permintaan PE otomatik masuk bakul sampah.

    BalasPadam
  3. Jika JAKIM dihapuskan atau dimandulkan oleh kerajaan pakatan, setiap pengundi pakatan akan menanggung dosa kerana mengundi untuk menghapuskan atau memandulkan JAKIM sedangkan kita semua mengetahui fungsi JAKIM dalam menegakkan ajaran Islam.

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

    " Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

    Kita tahu puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi amat bencikan JAKIM, PAS, NGO Islam dll kerana JAKIM, PAS, NGO Islam dan institusi Islam lain adalah benteng terakhir untuk melindungi agama Islam dan membela hak umat Islam.

    Jika benteng Islam ini roboh, puak sekular liberal dan puak kafir harbi akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan dan memurtadkan umat Islam tanpa sebarang halangan.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

    1. Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;

    2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam

    3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;

    4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;

    5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;

    6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;

    7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan

    8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

    OBJEKTIF JAKIM:

    1. Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Masyarakat

    2. Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah

    3. menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam

    BalasPadam
  4. Kita menolak apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana kita cintakan Allah dan RasulNya!

    Puak Yahudi telah mencipta pelbagai teori karut termasuk teori politik untuk membingungkan dan mengelirukan dan menipu umat Islam dll.

    Sila baca Zionist Protocols dan bandingkan Zionist Protocols dengan apa yang sedang berlaku di akhir zaman. Terdapat persamaan yang menyakinkan.

    BalasPadam
  5. Wahai umat Islam berhati-hatilah kerana puak munafik dan puak kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Al-Baqarah 2:120)

    BalasPadam
  6. Wahai umat Islam kembalilah kepada ajaran Islam dan tinggalkan kemungkaran dan kesesatan kerana di akhir zaman sebilangan umat Islam akan mengikuti langkah-langkah Yahudi dan Nasrani.

    Lihatlah di sekeliling anda apa yang sedang berlaku kepada sebilangan umat Islam. Sebilangan kaum Melayu telah menjadi mat saleh celup.

    Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (H.R. Muslim)

    Keterangan:

    Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

    Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "cara hidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak.

    Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
    Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

    Sumber rujukan: http://40hadith.blogspot.com/2007/12/umat-islam-mengikuti-langkah-langkah.html

    BalasPadam
  7. Nasi dah jadi bubur... harap2 ramai melayu Islam kembali kepada perjuangan Islam yg sebenar bukannya isle putarjaya

    BalasPadam
  8. Marilah kita semua umat Islam bangkit mempertahankan JAKIM.

    BalasPadam
  9. PELBAGAI pihak meluah rasa bimbang terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia mengkaji kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya.

    Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, hasrat pihak tertentu ingin memansuhkan Jakim sebagai langkah awal mencorakkan negara menjadi sekular.

    Sumber: http://www.ibnuhasyim.com/2018/05/bantah-cadangan-mansuh-jakim.html

    Sebenarnya negara kita adalah negara Islam mengikut Perlembagaan Persekutuan artikel 3(1) yang jelas menyatakan Islam (bukan Kristian, Hindu, Buddah, sekularisme, liberalisme, pluarlisme dll) adalah agama bagi persekutuan (Malaysia).

    BalasPadam
  10. Seekor kepala bapak liberal yang mempunyai nama Melayu telah menuntut JAKIM ditutup serta merta.

    Wah sejak zaman kerajaan pakatan ditubuhkan, puak liberal semakin berani menentang Islam dan menuntut instistusi Islam dihapuskan.

    BalasPadam
  11. perkara yg harus di bayar apabila majoriti menolak ISLAM. Ini baru episod ke 2. orang kapir makin brani di dokongi liberal.tunggu episod yg akan datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengundi 5 juta yg konon beragama islam harus bertanggung jawab berlakunya episod ini. jgn salahkan musuh yg dikenali

      Padam