Header Ads

ads header

Flash News

Kasihi Ulama


Sehari dua ini hati saya kurang selesa dan merasa hiba tatkala ulama’ dilihat dalam sudut pandang seolah-olah bertentangan antara satu sama lain. Natijahnya terdapat pelbagai pecahan puak yang masing-masing memperakukan kebenaran serta menganggap yang lain daripadanya kurang tepat.


Alangkah sedihnya hati ini dan hibanya bilamana tohmahan dan wasangka yang tidak baik ditujukan kepada mana-mana ulama' yang sebenar. Mereka adalah warathatul anbiya'. Ingatlah pesanan Ibn Asakir Rahimahullah mafhumnya: "Takutlah kamu kepada daging ulama' kerana ia beracun." [Lihat Tabyin Kazib al-Muftari, hlm. 29-30]

Tanpa dinafikan ulama' bukan maksum tetapi mereka mempunyai banyak kemuliaan dan kelebihan di sisi Allah. Kita boleh menasihati ulama' tatkala mereka terkhilaf dalam sesuatu pendapat dengan penuh hikmah dan adab. Marilah sama-sama kita menghormati ulama', mengasihi dan memuliakannya.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. Saya tak pasti apakah yg dimaksudkan oleh sohibussamahah tuan mufti ini. Siapakah yg telah mencela ulama? Ulama mana yg dicela? Pencerahan pls.

    BalasPadam
  2. Memang benar pesanan Ibn Asakir Rahimahullah mafhumnya: "Takutlah kamu kepada daging ulama' kerana ia beracun."

    Ulama yang berpegang teguh pada Al-Qur'an dan Sunnah dan mengamalkannya adalah ulama yang perlu kita kasih , sayang dan hormati.

    Bagaimana pula 'ulama' yang menfitnah, menghina dan menentang perjuangan Islam secara terbuka, bersekongkol dengan puak Islam liberal dan menjual agama untuk mendapatkan sedikit habuan dunia?

    Ulama su' boleh menyesatkan umat Islam kerana ulama su' cintakan dunia dan takut mati dan menjual agama untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.

    Bahkan sebilangan ulama su' telah menjadi talibarut penjajah British, Belanda dll untuk mengekalkan penjajahan British, Belanda dll ke atas negara umat Islam.

    Islam mengajar kita semua Amar Makruf wa Nahi Munkar maka menjadi kewajipan kita menegur atau mengkritik lisan dan perbuatan ulama yang bercanggah dengan ajaran Islam.

    BalasPadam