Kerajaan baru sudah mula dihujani berita palsu
Tak sampai seminggu gabungan Pakatan Harapan memerintah kerajaan Malaysia, sudah banyak berita palsu atau fake news dan juga rungutan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi bertebaran di media sosial.
Bermula dari senarai menteri kabinet palsu...
Kemudian kenyataan media palsu dari Kementerian Kewangan tentang pemansuhan GST berkuatkuasa 1 Jun 2018...
Selepas itu berita palsu tentang Sultan Brunei menderma USD1 billion kepada kerajaan Malaysia tanpa perlu bayar balik...
Ditambah lagi dengan rungutan dan luahan kakitangan kerajaan yang telah ditamatkan kontrak perkhidmatan serta merta...
Yang rupa-rupanya mereka adalah penjawat awam berstatus kontrak lantikan politik, bukan kakitangan kerajaan berstatus tetap melalui lantikan SPA malah telah diperjelaskan oleh CUEPACS...
Itu baru sebahagian isu yang popular dan viral, ada juga isu-isu kecil lain yang turut dibangkitkan berkaitan kerajaan yang baru ini.
Aku tak mahu menuduh siapa sebenarnya dalang di sebalik berita-berita palsu ini, boleh jadi cybertrooper pihak pembangkang, boleh jadi orang biasa buat troll, atau mungkin penyokong parti politik tertentu yang cuba menangguk air yang keruh, namun tak sampai beberapa hari kerajaan baru dibentuk, nampaknya perang saraf politik di alam maya sudah pun bermula.
Kalau macam ni la gayanya aku harap Akta Antiberita Tidak Benar tidak perlu dimansuhkan sebaliknya digunakan sebaik-baiknya oleh kerajaan untuk menangani masalah berita tidak benar ini.
Malah kerajaan juga mungkin perlu bentuk dengan segera satu pasukan task force yang ditugaskan hanya untuk mengekang dan menangani berita-berita palsu ini dan memberi kenyataan rasmi tentangnya dengan cepat dan pantas agar ia tidak terus menular dan menjadi barah hingga membawa kerosakan terhadap imej kerajaan yang baru ini.
Dan kita juga tak perlu lah menggelabah beruk bila baca apa-apa berita di media sosial atau mendapat maklumat melalui Whatsapp tentang kerajaan yang baru ni. Semak balik kat laman web akhbar atau tonton berita kat Astro Awani. Berita kat Buletin TV3 dan Utusan Malaysia pun korang dah tengok dah.
Ingat, selagi tak keluar berita tersebut di saluran berita rasmi dan perdana, maka tak perlulah percaya bulat-bulat apa yang korang baca. Ini berita dari page FB merepek ntah apa-apa pun korang boleh percaya. Relaks jari tu tak payah menggelabah nak kongsi laju-laju.
http://buasirotak.blogspot.com
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat
Semua saja buat berita tak betul sbb nak dptkan hits website. Penyokong mmg suka nak tgk berita yg hot dari parti pilihan mereka. Skrg ni.. org tak henti2 check website or latest news yg sensasi..
BalasPadamBOHONG itu senjata. Kalau dalam PRU ia mampu mencederakan lawan dengan pembohongan yang disebarkan.
BalasPadamPasca PRU, BOHONG sudah tidak banyak boleh digunakan terhadap lawan tetapi boleh dijadikan enchanteur: spray untuk mewangikan diri sendiri.
Namun BOHONG yang terbiasa over, akan berbau tahi ayam, bila PEMBOHONGAN terbongkar.