Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan hanya mampu kekal harga minyak sahaja


Harga minyak kekal walaupun harga pasaran dunia kini mencecah lebih AS$70 setong, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Harga pam tetap sama, kita tidak akan menaikkan harga," katanya pada sidang akhbar pertama kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Susulan pemansuhan subsidi, harga minyak di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, adalah berdasarkan sistem apungan mingguan.

Walau bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum ke-14, harga minyak tetap tidak berubah sejak 22 Mac.

Sementara itu, Mahathir berkata pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.

"Ini terpulang kepada Kementerian Kewangan, buat masa ini adalah 1 Jun.

"Mengenai tol dan sebagainya, kita akan buat mengikut manifesto Pakatan Harapan," katanya.

MR: janji dulu nak turun, nak kekal pun nampak macam tak selesa


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Dah tak makan congak atau duit untuk subsidi akan di salurkan untuk lain maksud atau bala bla.

    Apapun majoriti yang tidak undi PH harus berasa bangga.

    Bangga kerana keyakinan bahawa PH tidak akan mampu kotakan apa yang dijanjikan, kini hampir terbukti benar.

    BalasPadam
  2. relax lima tahun lagi adee.. kan kaa..

    BalasPadam
  3. HARAP2 lepas 100 hari HARAPAN utk harga minyak rm1.50 jadi kenyataan bukan lagi HARAPAN yg sia2...
    Hari tu diberi HARAPAN bila HARAPAN menang bsoknye harga minyak turun...
    Tapi ditukar HARAPAN lepas 100 hari pulak..
    Jgn HARAPAN TINGGAL HARAPAN sudah...hmmm

    BalasPadam