Header Ads

ads header

Flash News

PH Bergelumang Dalam Pelacuran Keadilan


1.Di mana suara rakyat apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan? Sebelum ini ada suara mempertikaikan sekiranya Setiausaha Agung DAP ini dilantik sebagai menteri dalam keadaan kes mahkamahnya belum selesai.

2. Dalam sidang media sebelum ini Mahathir berkata bahawa orang yang ada kes  tidak boleh dilantik menjadi menteri. Tiba-tiba Mahathir lantik juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu jadi Menteri Kewangan.

3. Penulis berpendapat ramai rakyat kesal dengan ‘kekotoran’ dan ‘pelacuran keadilan’ ini. Tapi yang menghairankan ialah di mana suara  NGO, suara bijak pandai dan pejuang keadilan? Kenapa tiada bantahan? Kenapa semua diam membisu?

4. Kenapa kebenaran itu ditentukan oleh orang yang berkuasa? Kenapa keadilan itu mempunyai neraca yang berbeza? Telah habis bersihkah kes Perdana Menteri ke-4 yang banyak dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP kerana orang yang sama kini adalah PM Ke-7?

5. Justeru, dua perkara yang penulis  ingin tegaskan ialah di mana suara NGO yang memperjuangkan keadilan? Di mana majlis peguam? Di mana PERKASA? Di mana SAMM? Seterusnya, sia-siakah undi majoriti rakyat yang menumbangkan BN tetapi kini dilacuri oleh pemimpin Pakatan Harapan yang bakal dicap mohor sebagai BN yang kedua?

*#NekadBersamaIslam*
*#PRU15UntukPAS*

BayangDiAir
23/5/2018


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

6 ulasan:

  1. Sial... cakap sebelum menang piliharaya nak turun minyak rm seqinggit lima kupang konon... kalau menang... rakyat menilai OH satu penggal tukar PAS next PRU

    BalasPadam
  2. MAT SABUN KATA KEPALA PEROMPOK
    MAT PIJI KATA LIDAH BERCABANG
    MAT SINGH KATA JANGAN MAIN SAMA SAYA
    SEMUA DLM KENANGAN.

    BalasPadam
  3. Bila dah naik takhta baru kita kenal mana intan mana permata....tapi masih awal lagi untuk menilai pasal baru sahaja mereka angkat sumpah dan galas jawatan.. bila dah masuk 3 atau 4 bulan nanti barulah kita lihat perangai sebenar mereka....
    ..

    BalasPadam
  4. NGo yang dulu2nya keras dalam menentang korupsi, penyelewengan dan kebobrokan seolah2 dah dapat apa yang dimahukan makanya tak perlu lagi bersuara. Giliran rakyat pulak ambil alih tugas NGO.

    BalasPadam
  5. Jgn lupa broo sapa abang besoo dlm ph..

    BalasPadam
  6. Islam ciptaan Allah,sesuai dgn ciptaan manusia dan Alam seluruhnya.. manusia yang menggunakan Islam dapat memberi rahmat sekalian makhluq.Adakah menggunakan selain daripada Islam sbg sebagai panduan pemerintahan boleh dipercayai(socialist,komunism, democratic,liberalism,pragmatic,racism dll)???

    BalasPadam