Header Ads

ads header

Flash News

Pandangan Cara Siasatan Dijalankan Terhadap Ds Najib Tun Razak


1.Adakah  pihak  SPRM berkemungkinan silap dengan sangkaan & tuduhan terhadap DS Najib, kerana mereka didorong oleh maklumat-maklumat yang kabur ?

2.Adakah mereka yang di lantik dalam badan penyiasat khas mengenai 1MDB itu semuanya tiada kepentingan untuk memastikan sangkaan mereka “benar”?  Dalam erti kata sebahagian dari prinsip/istilah “natural justice” :  “NO MAN SHALL BE A JUDGE IN HIS OWN CAUSE”, semua yang terlibat didalam pengendalian dan perjalanan keadilan (the course of justice) dari lapisan penyiasatan hingga ke lapisan penghakiman, hendaklah  BEBAS dari apajua pandangan sangkaan atau kecenderungan yang boleh mengatakan mereka mempunyai “vested interest in the outcome of the case!

Apakah undang-undang berkaitan hak asasi ini dan juga rule of law benar-benar diikuti oleh pihak berkuasa hari ini terhadap DS Najib dan juga mereka yang bakal dipanggil?

3. Apakah perlu sangat KP SPRM membuat liputan akhbar dan menyentuh perkara-perkara yang boleh memberi impak emosi kepada mereka yang menjalankan proses keadilan agar cenderung untuk mencari bukti dan sebab supaya dapat menghukum  ?

JIKA KAEDAH DAN PROSES DIAMBIL BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP UNDANG-UNDANG, MAKA KETIDAKADILAN PASTI BERLAKU. IA SEBALIKNYA HANYA AKAN MENCERMINKAN NILAI DAN KEWIBAWAAN PIHAK BERKUASA DAN PEMERINTAH YANG ZALIM !

Idris Buang
Peguamcara & Peguambela
Kuching Sarawak

MR : Persoalaan keadilan kita kena adil kepada sesiapa walaupun kepada Najib dikatakan kepala perompak. Islam mengajar kita emosi tidak boleh mengatasi keadilan. Ini bukan kita nak bela sesiapa bersalah tapi Islam ajar begitu. Kita tak mahu terjadi speerti Anwar dahulu. Sejarah telah mengajar kita dan cara yang HARAPAN perlu buat ialah mesti pengikut prosedur yang betul supaya tidak timbul dikemudian hari.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. Selama ini media2 barat yang galak mendokong prinsip keadilan.

    Kebelakangan ini semacam tinggal Glare Brownish saja yang ada votex interest dlm isu sebegini.

    Yang lain hanya seumpama lalang, ikut rentak populis dan hanya menulis untuk rating dan nama.

    BalasPadam
  2. yg sangat2 nak kpd keadilan dan kesaksamaan sebelum ni konon2nya, dah didedak sededak dedak nya.. so korang pandai2 laa... yg kekal istiqamah tahniah.. takbir..

    BalasPadam
  3. KP SPRM bersara la sekali lagi.Terlalu beremosi dan kelihatan tidak profesional dalam menjalankan tugas.Main je la dengan cucu yg comel tu����

    BalasPadam