Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Harapan Johor ikut “Bodoh” Macam BN @ UMNO


Ketika masih sebagai pembangkang, Pakatan Harapan mengkritik kerajaan BN Johor kerana tidak mengiktiraf ketua pembangkang negeri dan tidak memberi peruntukan pembangunan yang saksama kepada mereka.

Kini BN sudah menjadi pembangkang, dan nampaknya menteri besar baru daripada HARAPAN, Datuk Osman Sapian belum bersedia untuk mengubah dasar itu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri baru akan mengiktiraf ketua pembangkang, Osman perlu meminta pandangan Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan, yang duduk di sebelahnya, sebelum memberi jawapan.

Berhubung sama ada beliau akan memberi peruntukan pembangunan kepada ADUN pembangkang, Osman berkata HARAPAN tidak akan memberikannya, sama seperti amalan kerajaan BN dahulu.

"Ini adalah hak kerajaan memerintah. Anda dapat ketika BN (memerintah) dulu?" soalnya kepada Aminolhuda.

Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani menjawab "tidak".

Kata Osman lagi, "Mengapa kita perlu beri? Ini seperti beri peluru kepada mereka."

Sementara itu, Osman berkata beliau akan mengambil portfolio kewangan dan sumber tanah, bertentangan dengan dasar HARAPAN di peringkat persekutuan yang memisahkan portfolio kewangan dengan perdana menteri.

Beliau mendakwa ini kerana sumber negeri tidak boleh dibandingkan dengan persekutuan.

"Persekutuan ada kementerian kewangan dan sumber kewangan yang lebih besar. Saya akan uruskan soal kewangan dan sumber tanah. Kami tiada menteri kewangan negeri, hanya pegawai kewangan.

Berhubung label "Umno kitar semula", Osman membalas kembali: Mengapa anda tidak bercakap tentang Tun (Dr Mahathir)? Dulu saya Umno, tetapi sekarang perlu ikut keputusan HARAPAN.

Osman adalah Setiausaha BERSATU dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama Umno, sebelum digugurkan pada PRU 2013.


Alberto Siow  berkata jika ikut teladan BN, apakah perbezaan PH dengan BN lagi? Tiada peruntukan untuk kawasan BN, rakyat ramai yang diabaikan. Seolah-olah mereka dikenakan hukum sedangkan ada dikalangan mereka mengundi Harapan, bukan semua mengundi BN.

Cara berfikir pimpinan HARAPAN seolah-olah nak kembalikan Johor kepada BN semula pada 2023? Inilah langkah pertama yang sangat dangkal.


Ahmad Hassan pula berkata, Harapan sepatutnya mencontohi PAS, dimana walaupun negeri mereka miskin mereka tidak mengabaikan kawasan BN sedangkan pada masa itu BN mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Sikap PAS sangat baik, kata Ahmad Hassan mereka tidak berdendam dengan pengundi.
Zy Zack ·kata kalau macam ini abisss.. yang mngundi tapi kawasan kalah. Apa cite... Laksanakan mngikut perlembagaan...ingat lah owg dibwh yg mash mnyokong cuma nasib tk mnyebelahi mereka... Semua adalah rakyat Malaysia..



Zufida Home Deco ·pula berkata jangan salah guna mandat dari rakyat .dan yg terbesar amanah dr Allah. Aku pun penyokong dan pengundi PH.Tapi aku tak setuju dengan amalan zalim ini. Apa kamu tidak sedar di kawasan itu adalah rakyat kamu di bawah negeri yg kamu pimpin. Jika benar kamu semua kekalkan amalan sedemikian itu bererti kamu menzalimi rakyat . Di akhirat kelak kamu akan di soal .



Saya hairan macam  mana Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan yang konon mendakwa partinya adalah parti Islam progresif boleh jumud dan bodoh dalam membuat pertimbangan. Habis apa beza kamu dengan BARISAN NASIONAL dan UMNO?



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

4 ulasan:

  1. Cerita ini sama dengan cerita si isteri yang menjanjikan akan membenarkan si suami berkahwin lain kalau suami bersetuju untuk mengundi calon yang sama yang diminati oleh si isteri tapi sesudah si suami pangkah calon berkenaan dan kebetulan calon itu menang maka berkatalah si suami pada si isteri:

    Suami: "yang, yang abe dah pun pangkah calon kegemaran yang tuh"

    Isteri: "hah baguih lah, tapi nape?

    Suami: "yang kan dah janji beri abe kawei lain.. ni hah abe bawak boang kebenare poligami untuk ayang sains"

    Isteri: "usah mimpi abe oii.. itu janji pilihanraya kot pon, pahe-pahe sudahlah"

    Suami: "mok yai, awatlah aku ni lembab bebenor"

    Isteri: "ROTFL"

    BalasPadam
  2. Sekularisme dgn sekularisme memang akan berebut dedak. Rakyat hanya melahap lihat gelagat mereka.

    BalasPadam
  3. umpama keluar dari mulut singa masuk mulut buaya......
    Katak dan kodok mewarnai politik malaysia

    BalasPadam
  4. Kepimpinan jenis ni yang kita tak mahu! Rakyat Johor mahu pemimpin yang berjiwa besar dan tulus dalam membangunkan negeri. Kalau rasa tak layak , kita harap lepas 100 hari tukar MB lain.

    BalasPadam