Header Ads

ads header

Flash News

Pengampunan Anwar, Mahathir benar-benar serius ke?


Bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan asas pengampuan yang akan diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan Lembaga Pengampunan perlu konsisten kerana ia akan memberi kesan pada permohonan di masa akan datang.

Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata dia difahamkan Anwar yang disabitkan kerana kesalahan jenayah hendak diampunkan semata-mata untuk membolehkan beliau bertanding pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen.


Beliau merujuk kepada laporan berita yang memetik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan suaminya itu akan diampun dalam masa seminggu.

“Apakah alasannya? Semua orang tahu, untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen dan, seterusnya dilantik menjadi perdana menteri.

“Adakah itu satu alasan yang cukup dan berpatutan (sufficient and reasonable) bagi Lembaga Pengampunan memberi pengampunan kepadanya?

“Jika jawapannya ‘ya’, maka, jika selepas itu ada pula seorang banduan lain yang meminta diberi pengampunan untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Ahli Parlimen, adakah, atas asas yang sama, dia juga akan diampunkan? Jika tidak mengapa?

“Ahli-ahli Lembaga Pengampunan perlu memikirkan semua ini. Apa jawapan mereka? Mereka perlu konsisten. Jika tidak, tidak ada ketelusan,” kata Abdul Hamid, yang berkhidmat sebagai ketua hakim negara dari 1989 hingga 1994.

Abdul Hamid juga yang menulis alasan penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar daripada sabitan kes liwat pertama pada 2004.

“Itu saya laku semata-mata berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah dan undang-undang yang berkenaan.

“Perlu ditekankan sekali lagi, saya tidak menyoal sama ada beliau patut diampun atau tidak. Saya cuma menyoal asasnya,” kata Abdul Hamid.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberi pengampunan kepada Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabit kesalahan meliwat.

Dr Mahathir berkata pengampunan diraja untuk Anwar dibincangkan dalam pertemuan antara Sultan Muhammad V dan pimpinan PPBM, PKR, DAP dan Amanah, yang membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH), kelmarin.

Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal PH bagi pilihan raya umum ke-14. Dr Mahathir akan menyerahkan jawatannya selepas ketua umum PKR itu layak memegang jawatan perdana menteri ke-8.
 Aziz Mohd Desa menyoal perkara ini. Katanya inilah adalah salah satu kepakaran Mahathir....
Dia akan 'kuit' seseorang untuk membuka bicara.

Katanya lagi, mula-mula Mahathir membuat janji akan jadi PM sementara Anwar dibebas dan diampunkan.

Selepas itu tu Mahathir akan cakap dia perlu paling kurang 2 tahun untuk "membetulkan" Malaysia.
Semalam dia kata dia akan terus memerintah selagi pengalamannya diperlukan. kata Aziz.

Nampaknya Anwar akan jadisejarah permainan politik Mahathir tambah Aziz.

Joey Harry pula berkata "
Agong's prerogative.

The are contentious issues surrounding the law of this nation and political issues .. the nation must move forward.. why are we looking back and digging contentious issues. I would think if DSAI want to dig back all previous things.. he will have to let go of asking of pengampunan.. and clear his name first. Then thr issue of pardon does not arise

If he want to dig back all issues.. that would mean he might have to linger with many legal questions and issues.. and I dont agree thats helpful for him or the nation".


Persoalan timbul ialah adakah dengan pengampunan ini bermakna Anwar bersalah dan Mahathir betul dalam kes liwat?
Ramli Mohamad pula mencadangkan RCI juga perlu diwujudkan untuk menyiasat kelakuan & cara yang mencurigakan Mahkamah Rayuan dalam rayuan pendengaran pendakwaan terhadap pembebasan Anwar. Ramli menganggap mereka tergesa-gesa membatalkan pembebasan & menghukum Anwar untuk mencegahnya bertanding dalam pilihan raya. Di RCI, maka 'idiot' ini boleh bercakap & soalan mengapa pengampunan tidak boleh diberikan.

Banyak persoalan timbul. Rakyat boleh menilai sejauh mana kebenarannya.











......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Gelombang 2013 sudah ada momentum yang cukup besar.

    Tanpa bantuan badai lama pun momentum itu mampu sampai di Permatang Jaya.

    Kini, badai lama yang dapat julangan dan lambungan walhal julangan dan lambungan adalah milik gelombang 2008 dan 2013.

    Bila badai lama dapat balik nostalgia, sendiri mahu ingat, roti dah masuk angin.

    BalasPadam
  2. Kisah Mayo dan Jebayo

    Phuyo: Tolong! Tolong!

    Mayo: kenapa pokcek?

    Phuyo: anak dare i teggolam tu hah, pokcek tak gheti berenang.

    Mayo: takper say akan selamatkan anak dare pokcek tapi ada syarat

    Phuyo: tak kesahlah apo syaratnya eh.. janji anak sei dapat diselamatkan

    Mayo: say tak mintak banyak pun pokcek

    Phuyo: berapa hinggit pon pokcek boleh beri, no hal.. cepatlah, capatlah

    Mayo: say tak mahu do-it pokocek, den cuma nakkan anak pokcek jer, kalau boleh say terjun sekarang juga

    Phuyo: OKey setuju.

    Mayo pun terjun, pokcek memerhati dengan penuh suspens. Dare ditarik ketebing dan selamat.

    Phuyo: TQ tuan, nah ambillah dare sebagai hadiah atas usaha tuan itu

    Dare dibawa pulang ke rumah Mayo tapi keesokanya datang Jebayo mengetuk pintu rumah Mayo. Bila pintu dibuka, Mayo nampak Jebayo mencekak pinggang di depan pintu.

    Mayo: wahai saudara, apa yang membawa anda ke sini?

    Jebayo: hamba datang untuk menuntut hak hamba...hamba mahu dare dikembalikan!

    Mayo: hoi saudara, anda salah rumah kot?

    Apakah kesudahan drama ini?

    BalasPadam