Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini


KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tetapi bukan dengan margin besar.

Bagaimanapun, katanya, akan ada turun naik dalam proses demokrasi dan BN berdepan tekanan hebat daripada pembangkang sepanjang tempoh berkempen, terutama di kerusi marginal.

“Kami kalah kerana pengundi bandar pulang ke kampung halaman mereka untuk mengundi.

“Dalam kes di Kelantan, Datuk Husam Musa dari Amanah juga kehilangan kerusi Parlimen dan negeri yang ditandinginya,” katanya selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pemimpin berusia 81 tahun itu turut menasihatkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memastikan perpaduan terus terpelira di negara ini.

Ditanya jia ada tekanan ke atas Najib untuk meletak jawatan sebagai presiden Umno, beliau berkata, keputusan itu akan dibuat apabila tiba masanya.

“Saya pasti dia merasai tekanannya. Saya tidak fikir sesiapa boleh menafikannya. Tetapi anda perlu tanya beliau sendiri.”

PH memenangi 113 kerusi pada PRU14 semalam, manakala BN menang 79 kerusi, PAS (18), Warisan (8), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 1 dan calon bebas (3).



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan